07/10/2015

Kisah Ngeri Bisnes MLM

Kisah Ngeri Bisnes MLM
===============


Komen tersebut saya perolehi daripada FB sebuah kompeni MLM. Saya tidak menyalalahkan saudara tersebut untuk berfikiran sedemikian memandangkan pada suatu masa dahulu saya juga mempunyai pendapat yang sama seperti itu. Saya mengenali MLM sewaktu saya belajar di UPSI pada tahun ketiga pengajian. Dek kerana terpukau melihat gambaran hasil yang bakal diperolehi, saya bersetuju untuk menyertai syarikat tersebut. Seriusly, saya sangat mentah pada ketika itu dan tidak mengetahui yang saya sudah terlibat dengan MLM. Bahkan jangan tergelak pula kalau saya bagitau yang saya langsung tidak mengetahui apa maksud MLM.

Menelusuri semula kisah saya, saya menyertai MLM tersebut setelah teruja melihat income yang diperolehi oleh upline-upline saya. Bahkan, rakan saya yang memperkenalkan bisnes tersebut menunjukkan hasil yang dia dapat daripada bisnes tersebut.

Bayangkan, pelajar U yang memang tersangkut duit. Nampak kawan tayang kereta, tayang duit, mulalah rasa teruja tak bertempat kan. Seingat saya, bisnes tersebut menawarkan 3 pakej untuk disertai. Pada masa itu, saya Cuma fikirkan nak duit cepat je, jadi saya ambil pakej tengah-tengah. Iyer  lah, pakej kecik hasil pun ciput. Nak hasil besar, modal tak ada. Tak silap saya, harga pakej tersebut lebih kurang RM1750 dan saya mendapat beberapa produk syarikat. Ada juga rakan saya yang membuat loan. Jujurnya, saya juga nyaris membuat hutang dengan TEKUN, tapi nasib baik tak jadi. Syukur.

Setelah berdaftar jadi ahli, saya mula menyertai meeting, BOM dan lain-lain perjumpaan yang diadakan oleh upline. Dari Tanjung Malim ke Batang Kali yang mengambil masa lebih setengah jam. Upline saya akan mengangkut kumpulan kami hampir 3 kali seminggu. Penat juga sebenarnya sementelah waktu siang dihabiskan untuk ke kuliah.

Setelah beberapa ketika berada dalam bisnes itu, baru saya tahu konsep marketing. Rupanya saya hanya dapat komisen sekiranya saya berjaya menaja downline. Lagi besar pakej yang saya masuk, lagi banyak bonus penajaan yang akan dibayar kepada saya. Ada juga bonus pairing.  Seriusly, pada mulanya saya sangat teruja mempromosikan bisnes tersebut dengan niat ingin menolong kawan mendapat income sampingan. 

Tetapi selepas itu barulah terdetik dalam hati saya, “Bagaimana kalau orang bawah aku tak dapat cari orang? Nanti dia tak dapat bonus” . Pada masa itu barulah saya rasa bersalah. Ketika itu saya berjaya mendapat 4 orang downline yang saya perlu susun mengikut level. Dah dapat 4 orang downlines tu, dapat lah semula modal yang saya laburkan. 

Tapi tak semua duit saya dapat sebab segala point masuk ke dalam sistem online. Saya perlu jual @ tukar point tadi kepada upline. Kebetulan upline saya perlu point tersebut untuk menaja orang bawah nya lagi. Saya jualkan point saya kepada dia tapi sampai ke sudah dia tak membayar point yang telah diambil dari saya.

Setelah sebulan, upline saya senyap. Saya pun memang dah jadi tak berminat kerana saya tidak mendapat hasil yang sepatutnya. Duit cash saya tak dapat sebaliknya hanya angka yang berada dalam sistem yang saya tidak boleh tukarkan kepada duit sesuka hati. Terkena pula upline-upline yang di atas lagi mula telefon saya dan menyuruh saya bergerak mencari downline baru kononnya kesian kepada downline bawah saya yang tidak dapat mencari downline. Saya mula terfikir, sampai bila kerja nak cari orang ni?

Selepas itu, perkataan MLM seumpama menjadi mimpi seram buat saya. Tobat dah la, pasni saya taknak dah join mana-mana MLM. Saya menjadi prejudis dengan bisnes MLM. Say NO to MLM.

Kemudian, saya mula mengenali produk jenama Shaklee. Tak silap saya, bulan Mei 2013, saya mengambil Herblax dan Omega Guard. Saya ni memang mengamalkan supplemen sejak dari zaman belajar. Biasanya saya mengambil Bcomplex. Iyer la, makan minum tak menentu. Itu yang perlu sangat saya mengambil supplemen.

Bulan Ogos 2013, promosi ESP tak silap saya. Saya mula mencuba ESP dan hasilnya saya amat teruja kerana kurang berasa letih walau seharian menggunakan tenaga. Paling buat saya jatuh cinta sebab berat badan saya mula menurun dan bentuk badan mula pejal. Wah, kawan-kawan saya mula meng’order’ dengan saya padahal masa itu saya belum berdaftar menjadi ahli.

Ceritanya, saya mula merisik-risik kawan saya bagaimana untuk mendaftar menjadi ahli Shaklee. Kawan saya memberitahu ada 2 cara untuk mendaftar sama ada membayar RM65 atau membuat belian barang sebanyak 200uv. Dulu saya bayar RM65, saya Cuma mendapat staterkit Shaklee. Untuk bulan Oktober ni, siapa yang mendaftar ahli Shaklee, dapat FREE lagi Vitalea yang berharga RM89. Siapa tak jeles wehhhhh...

Sambung lagi cerita pasal Shaklee,

Bulan pertama saya join, saya mendapat bonus RM 200++. Saya dah lupa dah berapa jumlah tepatnya. Jadi kiranya, modal saya RM65 untuk daftar ahli dah berbalas la ye. Alhamdulillah. Pada masa itu, saya tiada seorang pun downlines.

Kemudian, ada kawan yang menghubungi untuk mendaftar sebagai ahli. Mak aihhh, ingat lagi masa tu, saya mesej kawan saya bagitahu betapa saya berdebar. Iyer laa, tanggungjawab nanti banyak. Mama Shaklee saya bagitahu dah boleh sangat saya ada ahli bawah saya. Okay la, saya bersetuju mendaftarkan sahabat tersebut.

PERINGATAN : Saya tidak diberi komisen satu sen pun apabila mendaftarkan ahli di bawah naungan saya.

Kemudian, kebetulan ada satu sesi Magic Aura diadakan di Ipoh bawah kendalian Master dalam group Jutawan. Saya pun pergi la juga ke sana. Di sana saya mendengar perkongsian daripada master-master (biasanya income bulanan master melebihi RM30k). Wahhh, tapi yang menariknya, tiada seorangpun antara mereka yang menayangkan gambar kereta, gambar rumah dan apa-apa benda yang menampakkan kemewahan hidup. Cuma perkongsian cara mereka melakukan bisnes. Paling banyak ditekankan adalah hubungan dengan Pencipta.

Tiba-tiba, ada seorang Master (saya dah lupa siapa), beritahu Shaklee adalah MLM. Tersentak saya.

 Saya berbisik dengan Mama Shaklee saya,

“Kak, betul ke Shaklee ni MLM?”

“Iyer Wani, betul tu. Tapi jangan risau, Shaklee ni adalah MLM Patuh Syariah”

Mana tak terkejutnya saya, sebab selama ini dalam kepala saya MLM ni mesti taja orang. Pastu, income dapat dari hasil taja orang. Dalam Shaklee, saya tidak dibayar untuk menaja orang. Sebaliknya, bonus saya dibayar hasil daripada jualan produk. Kemudian, jelas pula pengiraan bonus kepada ahli (saya kan Cikgu Matematik-Bab kira-kira jangan tipu saya). Saya pula tidak pernah dipaksa untuk mencari orang bawah, bahkan upline saya tidak pernah memaksa untuk membuat jualan.

Biasanya upline saya Cuma tanya,:

“Wani, bulan ni nak side income berapa RM?”

Kalau saya kata saya nak RM500, upline saya akan bantu saya tunjukkan cara untuk mendapatkan bonus RM500. Alhamdulillah, dengan bonus tersebut saya dapat juga melunaskan belanja-belanja dapur.

Dah masuk 2 tahun saya terlibat dengan Shaklee. Daripada mama, nenek, moyang, supermoyang, grandsupermoyang (kitaorang memang suka guna istilah gini), saya ikut sahaja kelas yang mereka anjurkan untuk menambah ilmu. Terkadang bukan kelas bisnes semata, tapi banyak perkaitan dengan hidup sehari-hari. Kelas pun biasanya free, kalau bayar pun untuk yuran komitmen semata-mata (tu pun tak lebih RM50- Biasanya saya bayar RM10 jer).

Kalau dulu saya sangat anti bunyi perkataan MLM, tapi dengan Shaklee, persepsi saya berubah sama sekali. Malah, pengasas Jutawan (sekarang jadi Duta rasmi WERDA – Warga Prihatin), beritahu yang SN pun terkejut apabila diterangkan berkenaan dengan marketing plan Shaklee. Beliau pun ingat upline Shaklee ambil keuntungan daripada ahli yang berdaftar dibawahnya.

Sekarang, saya sudah jatuh cinta dengan Shaklee. Sayang sangat nak tinggalkan bisnes ini. Bagus join MLM ni sebab kita tidak perlukan modal yang tinggi, tidak perlu simpan stok barang dan tiada risiko kerugian. Sesuai sangat untuk yang baru ingin bertatih dalam bisnes.

Buat rakan-rakan yang ingin menceburi bisnes MLM, saya nasihatkan kaji dahulu marketing plan syarikat tersebut. Bagi yang beragama Islam, pastikan ianya Patuh Syariah (Boleh google jer dekat website JAKIM).

Wah, rasa berjela pulak entry kali ni. Tapi itulah, rasa bertanggungjawab pula untuk menerangkan kepada orang ramai berkenaan bisnes MLM ini. Boleh ubah persesi negatif masyarakat mengenai bisnes MLM. MLM bukan hanya skim piramid malah seni MLM ini pelbagai.

Kalau rasa nak daftar Shaklee, bulan ini Shaklee masih menawarkan Vitalea secara PERCUMA untuk ahli yang baru berdaftar.

Saya ulang : Setakat bulan ini sahaja ! (Oktober 2015)

Daftar ahli RM69 (RM10.60 untuk postage)


Dapat Free Multivitamin berharga RM 88.75


No comments:

Copyright to Celoteh Ibu Cakna
Designed by UMIESUEstudio 2015