01/11/2015

cara banyakkan susu badan secara semulajadi

cara banyakkan susu badan secara semulajadi

HUKUM JUAL BELI PENIAGA ONLINE SELEPAS AZAN KEDUA SOLAT JUMAAT

STATUS JUAL BELI BAGI PENIAGA ONLINE SELEPAS 

AZAN KEDUA DI DALAM SOLAT JUMAAT???

Dipetik daripada FB : https://www.facebook.com/alshafick

Seperti yang saya janjikan tadi (boleh rujuk post saya sebelum ini). Saya lampirkan sesi soal jawab antara saya dan Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre.
Semoga bermanfaat. Boleh share jika diperlukan. Tapi Baca sampai habis. Takut nanti salah faham pula.

Soalan saya:

Assalamualaikum Ustaz.
Maaf sangat2 sebab mengganggu masa Ustaz.
Saya dan isteri menjalankan perniagaan online. Medium utama kami adalah melalui FB, Instagram & juga Whatsapp.

Kebelakangan ini kita telah diberi ilmu dan kefahaman oleh para asatizah bahawa urusan jual beli adalah haram setelah azan kedua bagi solat jumaat. Saya sebagai seorang lelaki akan mendirikan solat jumaat seperti biasa di masjid berdekatan.

Namun bagi isteri saya, kadang kala waktu itu digunakan untuk menjalankan perniagaan online kerana majoriti pelanggan terdiri daripada wanita bekerja dan jualan pada waktu tersebut cukup baik.

Soalan saya adakah pengharaman jual beli selepas azan kedua solat jumaat turut terpakai kepada perniagaan online? Jika ya, apakah nasihat Ustaz kepada saya dan isteri.

Saya bimbang jika kami termasuk dalam golongan orang-orang yang melampaui batas. Kami sedia menerima sebarang nasihat dan bertindak secara terus terhadap nasihat itu. Kami ingin pastikan rezeki yang diperolehi mendapat keberkatan dari Allah, bukannya bersifat Istidraj. Nauzubillah min zalik.

Mohon nasihat dan komen dari Ustaz.
Terima kasih Ustaz.

Jawapan Ustaz Syed Abdul Kadir:

Waalaikumussalam.
Pengharaman tersebut hanya untuk mereka yang wajib tunai solat jumaat (lelaki bermuqim berakal baligh)..
Bagi wanita takde masalah, online mahupun secara direct.
Wallahu a'lam.




~~~~SEMOGA BERMANFAAT ~~~~

Copyright to Celoteh Ibu Cakna
Designed by UMIESUEstudio 2015