07/07/2014

KENAL PASTI MASALAH YANG MEMBAHAYAKAN BAYI BARU LAHIR

Tahniah kepada ibubapa yang baru menimang cahaya mata. Moga perkongsian kali ini bermanfaat kepada anda semua.

Seharusnya setiap ibubapa mempunyai harapan yang tinggi agar anak yang dilahirkan selamat dan sempurna. Namun terkadang ibubapa terutama yang baru menimang anak sulung tidak menyedari bahawa anak mereka sakit dan tidak membesar dengan sempurna. Semoga dengan sedikit perkongsian ini dapat membantu ibubapa untuk memastikan anak itu sakit atau tidak sebelum pergi mendapatkan rawatan yang selanjutnya.

Tanda-tanda bahaya pada bayi
  • Menangis berterusan dan tidak berhenti
  • Terlalu banyak tidur dan enggan bangun
  • Berat badan tidak bertambah atau semakin berkurang selepas dua minggu
  • Tidak kencing dan buang air besar
  • Najis bercampur darah
  • Kuning (pada kulit)
  • Muntah terlalu banyak
  • Perut kembung keras
  • Pusat berbau busuk dan tidak sembuh
  • Tidak kencing dari 24 jam
  • Kerandut zakar yang kosong (bagi bayi lelaki)
Kenali penyakit kuning (Jaundis)
Antara sebab berlakunya Jaundis :
  • Pemecahan sel darah dalam tubuh bayi
  • Penyerapan najis (Meconium) ke dalam darah
  • Fungsi hati yang tidak sempurna
  • Organ perkumuhan tidak mampu membuang toksik
  • Alah pada susu ibu
Apa itu Jaundis?
Jaundis ialah kekuningan pada kulit (kadangkala pada mata). Ianya berlaku pada bayi lahir apabila kandungan billirubin (toksin kuning) dalam darah tinggi. Billirubin diproses oleh hati dan dibuang menerusi kencing dan najis. Namun hati bayi yang baru lahir biasanya belum matang dan kurang upaya untuk memproses billirubin.

Jenis Jaundis
Jaundis Fisiogik
Jaundis Fisiogik disebabkan oleh oleh fungsi hati yang kurang matang. Biasanya ia bermula pada hari kedua hingga keempat selepas dilahirkan. Ianya akan hilang dalam masa satu hingga empat minggu dan biasanya tidak membimbangkan..

Jaundis Patologik
Jaundis Patologik ialah jaundis yang berlaku kurang dari 24 jam selepas kelahiran. Ia selalunya memiliki punca patologik sperti penyakit atau wujud kelainan pada hati, hemolisis disebabkan genetik, hemolisis rangsangan ubat dan banyak lagi. Jaundis ini meningkat dengan cepat dan memerlukan rawatan segera.

Risiko tidak merawat penyakit ini
Toksin billirubin yang banyak dalam darah akan menyerap masuk ke dalam otak dan mengakibatkan kecacatan otak. Ia bukan sahaja boleh menyebabkan pekak dan 'Cerebral Palsy', malah mengakibatkan kematian bayi.
Oleh itu, ibubapa perlu membawa bayi ke klinik jika bayi kelihatan kuning dan dapatkan rawatan segera sebelum terlambat.

Rawatan untuk penyakit Jaundis
Ujian darah akan dibuat untuk memastikan paras billirubin.
Bayi akan diletakkan dibawah lampu ultraungu yang mampu menyingkirkan toksik kuning dan billirubin.
Seandainya toksin billirubin terlalu banyak, maka pertukaran darah perlu dibuat.

Tips untuk mengatasi Jaundis (mengikut petua keluarga saya)
  • Beri susu ibu secukupnya
  • Mandikan dengan daun inai
  • Beri perahan air sengkuang
  • Beri air zam zam
  • Rawatan hemoterapi
TAHUKAH ANDA?
Kebanyakan ibu yang baru menimang cahaya mata mengalami masalah untuk menghasilkan susu badan terutama bagi anak yang pertama. Jangan khuatir, ibu hanya perlu mendapatkan zat serta nutrisi yang mencukupi supaya susu ibu dapat dihasilkan dengan berkualiti.

Saya mencadangkan ibu-ibu sekalian untuk mencuba Set Kehamilan dan Bersalin daripada Shaklee. Vitamin dalam set ini mampu membantu ibu mendapatkan zat dan nutrisi yang diperlukan oleh badan ibu terutama semasa berpantang. Semasa berpantang, ibu tidak boleh makan sebarangan dan ini menyebabkan badan ibu tidak memperolehi nutrisi yang cukup.



cc:Dr Rushmini Maris (Penjagaan Sewaktu Kehamilan dan Selepas Bersalin)

No comments:

Copyright to Celoteh Ibu Cakna
Designed by UMIESUEstudio 2015