28/09/2015

DOBI LAYAN DIRI Di Tanah Merah

Hari ni agak sibuk dengan perancangan yang sudah diatur. Paginya seperti biasa mengemas bilik untuk diduduki sepanjang cuti. Almaklum la, jarang-jarang sekali balik, pastinya bilik berhabuk dan berdebu.

Sempat juga menjengahkan diri ke PPD Tanah Merah untuk urusan pertukaran. Inshaa Allah ada rezeki, boleh la menaburkan khidmat di daerah kelahiran diri. Syukur segala urusan dipermudahkan oleh Allah. Walaupun masih belum pasti keputusan pertukaran tapi saya yakin Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat saya.

Malamnya, keluar mendobi pakaian di Nurul's Cafe & Laundry yang terletak di belakang SMK Dato Mahmud Paduka Raja di Tanah Merah. Saya sangat selesa mendapatkan khidmat dobi disini. Walaupun konsepnya layan diri, tapi yang paling best kerana ada disediakan kafe dan wifi kegunaan pelanggan. 

Sambil tunggu kain siap, saya mengupdate blog dan Sarah menikmati kek coklat indulgence

Harganya pula sangat berpatutan dan jimat berganda-ganda. Tiada caj tambahan dikenakan untuk detergent.


Selain itu, konsepnya juga mesra pengguna. Disamping itu, pemilik kedai dobi ini juga mesra melayan pelanggan. Nama jer Dobi Layan Diri, tapi kita turut dilayan kehendak kita.


Kalau anda lapar sementara menunggu kain siap, anda boleh juga order makanan yang ada disediakan di sini. Biasanya saya gemar memesan kek yang rasanya lebih kurang Secret Resepi.


Inilah pandangan depan kafe dan Laundry milik Cik Nurul. Jika anda berminat untuk mendapatkan khidmat dobi ini, anda boleh terus datang ke sini.

Okay, itu sahaja untuk entry kali ini. Moga bersua lagi.

#IbuCakna
Journey to One Mission
Raya haji 2015


No comments:

Copyright to Celoteh Ibu Cakna
Designed by UMIESUEstudio 2015