17/10/2015

GRADUASI SEMEKAP 2015

Sabtu, 17 Oktober 2015
Tempat : Auditorium Akademi Bomba dan Penyelamat, Kuala Kubu Bharu.

Entry kali ni, Wani nak cerita pasal majlis graduasi Tingkatan 5 yang telah diadakan di Auditorium Akademi Bomba dan Penyelamat, KKB. Tapi Wani cerita serba ringkas lah ye, almaklum masa yang ada sangat mencemburui.

Okay, pendek kan cerita, Wani ni guru kelas tingkatan 5 Prinsip Akaun. Jadi secara automatiknya Wani dan guru tingkatan 5 yang lain kena jadi AJK Pendaftaran, So, pagi-pagi kitaorang bukak la kaunter untuk pelajar dan ibu bapa daftar.
Dari kiri : Rita, Wani, Mahadir, K.Naili,dan K.Wawa

Haaa,...kat sini nak story la sikit. Dalam 30 pelajar kelas Wani yang hadir tu, cuma 7 orang sahaja yang ibubapanya hadir. Sebenarnya sebak juga dalam hati, majlis bukan selalu pun diadakan, tapi tak tau lah nak kata apa lagi...huhuhuhu

Pelajar tengah bersiap nak berarak masuk ke Dewan

Sebenarnya, ini kali ke-3 sekolah kami mengadakan Majlis Graduasi ni. Sekurang-kurangnya bagi peluang kepada pelajar yang tidak melanjutkan pelajaran ke IPTA @ IPTS untuk merasai suasana konvo.


Sebab Wani guru kelas, maka Wani ditempatkan di kerusi depan, sebaris dengan Pentadbir sekolah. jadi skema la gamaknya.

Perarakan masuk dif kehormat
Cokmar Sekolah diletakkan , tanda istiadat bermula

Tapi, skema tak skema sangat la, sempat juga curi-curi snap beberapa keping gambar...hahahaha

Ni pula gambar masa Rita membacakan nama pelajar Tingkatan 5 Sains Tulen. Wani pesan dah kat Mahadir suruh snap gambar Wani masa atas pentas. Tapi nampaknya, harapan tinggal harapan....uwaaaaa

Habis sidang pertama, ada persembahan selingan dari Adik Umar dari Tingkatan 1. Merdu sungguh alunan keyboard dari beliau....perghhhh Wani dah lama berangan nak pandai main piano tapi nampaknya masih tidak kesampaian. 

 Ini pula penerima anugerah khas. Ada 4 anugerah yang diberi. Dari kiri : Anugerah Emas, Anugerah Khas Kokurikulum, Anugerah khas Akademik (Sains Ikhtisas), Anugerah Khas (Sains Tulen).


Penyelaras Tingkatan 5

Ini pula guru pembantu Wani. Dia yang banyak bantu Wani untuk uruskan pelajar-pelajar Tingkatan 5 Prinsip Akaun.

Ini pula antara rakan-rakan guru yang sangat sporting,


Haaaa....cukup dulu la kot. Ini je gambar yang sempat Wani snap semasa majlis tadi, Nanti wani update tambah gambar. Banyak lagi gambar sebenarnya tapi dok dalam kamera orang lain,,,

sekian...

No comments:

Copyright to Celoteh Ibu Cakna
Designed by UMIESUEstudio 2015