06/10/2015

11 Nasihat Kepada Orang Ramai Ketika Jerebu

Untuk entry kali ini, ibucakna ingin berkongsi berkenaan dengan jerebu memandangkan pada tahun ini sahaja sekolah ditutup 4 hari akibat jerebu. Pasti ada sebab yang relevan kenapa sekolah perlu ditutup kepada murid dalam tempoh jerebu ini.



Apakah Jerebu?
Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.

Indeks Pencemaran Udara (IPU)
IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut :-

NILAI IPUSTATUS
0 - 50Baik
51 - 100Sederhana
101 - 200Tidak Sihat
201 - 300Sangat Tidak Sihat
301 - 500Berbahaya

Apakah Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan
Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:
  • Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
  • Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
  • Mata terasa pedih dan berair.
  • Hidung berair dan kerap bersin.
  • Kulit badan terasa gatal-gatal.
  • Terasa sakit dada.
Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.

CEGAHLAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU. IKUTI NASIHAT BERIKUT:-
  • Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.

  • mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.

  • Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi.

  • Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit jangan merokok di dalam rumah.

  • Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
  • Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah

  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.

  • Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya.

  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.

  • Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat ( iaitu IPU yang melebihi 100 )

  • Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.


Jerebu mengandungi bahan kimia asing halus yang terbakar. Bahan ini amat mengancam keseimbangan oksigen didalam sel melalui sistem pernafasan yang terancam.

Jangan lupa minum air kelapa dan limau nipis sahaja ketika bencana.

Air kelapa mengandungi oksigen larut mudah menembusi sel. Limau nipis adalah vitamin C asli yang dapat menyerap asid sebelum sempat bertukar menjadi gas yang lebih merbahaya.

Oleh Prof.Dr Norhisham Wahab.
Www.profnorhisham.blogspot.

Vitamin C penting untuk tingkatkan imunisasi

------------------------------------------------------------------------
Memang ibucakna akui keadaan jerebu pada tahun ini agak teruk berbanding tahun-tahun sebelum ini. Lihat sahaja pemandangan Kompleks Darul Quran yang sempat dirakamkan oleh lensa ibu.




Untuk itu, ibu nasihatkan agar anda semua menjaga kesihatan diri semasa jerebu. Kalau anda ingin mendapatkan supplemen, boleh hubungi ibucakna dengan segera.

Supplemen yang ibucakna cadangkan untuk diambil semasa musim jerebu ini adalah Nutriferon , SR Vita C dan Vivix.



No comments:

Copyright to Celoteh Ibu Cakna
Designed by UMIESUEstudio 2015