KEJAYAAN DI USIA EMAS
=======================
Sebelum ini,
saya hanya mengenali namanya sahaja. Hari ini buat pertama kalinya saya melihat
wajah beliau. Itupun hanya pada sekeping poster yang dikirim oleh Master upline
saya untuk dibuat tugasan khas story telling. Melihatkan kepada gambar beliau,
buat saya teruja untuk mencungkil cerita penglibatan beliau dalam bisnes
Shaklee.
Kenapakah
saya tergerak hati untuk menulis kisah beliau?
Tidak lain dan
tidak bukan adalah kerana sekarang umur beliau yang sudah menjangkau 65 tahun.
Ya, 65 tahun. Tambah
membuat diri ini teruja pabila mengetahui daku juga berasal dari salasilah
Master ini (sangat kesian kan sesi jejak kasih ni)
Menelusuri
kisah mantan guru ini, sebenarnya agak tercuit
rasa hati pabila mengetahui yang beliau hanya mengambil keputusan untuk
mendaftar sebagai ahli Shaklee hanya kerana tidak mahu diganggu oleh Master Hj
Roslan yang tidak jemu-jemu mengajak mereka menceburi bisnes Shaklee.
Memandangkan
yuran keahlian Shaklee Cuma RM65 (pada masa tersebut), beliau daftar juga
sebagai ahli dengan harapan selepas itu, tiada lagi gangguan daripada sahabat
beliau itu.
Kalau
diikutkan, Master Hjh Salwa sebenarnya sangat anti dengan bisnes MLM. Tetapi
sebagaimana pandangan sebahagian besar ahli Shaklee yang lain, bisnes Shaklee tidak
seperti MLM yang lain. Ianya sangat berbeza dan sangat telus. Jadi tidak
hairanlah sekiranya selepas itu Master Hajah Salwa terasa dekat untuk terus
menceburi bisnes Shaklee secara serius.
Rupanya,
barulah saya tahu perjalanan kisah Master Salwa tidak semudah yang disangka. Bayangkanlah,
beliau mendaftar menjadi ahli Shaklee pada tahun 1995 (waktu itu saya hanya
berusia 9 tahun) dan dinobatkan menjadi Master Coordinator pada tahun 2013.
Betapa beliau tidak putus asa walau terpaksa melalui jalan yang berliku-liku
selama 18 tahun sebelum tiba di puncak kejayaan.
Cuba
bayangkan, seandainya Master Hjh Salwa berputus asa dahulu, mungkin kejayaan
tidak mampu dikecapi pada masa sekarang. Mereka sungguh sabar dan konsisten
sebelum mengecapi kejayaan yang manis ini di usia emas.
“If you
really want to do something, you will find a way. If you dont, you’ll find
excuse”
Jika Master
Hajah Salwa sanggup bertahan sehingga 20 tahun dalam bisnes Shaklee, sudah
pasti ada sesuatu yang istimewa dalam bisnes ini. Agak malu rasa diri yang
kerdil ini apabila dibandingkan dengan semangat yang ada pada diri beliau. Baru
setahun jagung sudah terasa ingin give up.
Alhamdulillah,
diri saya dikurniakan leaders yang sangat hebat. Mama, Nanny, Grandnanny, dan
SuperGrandnanny yang sentiasa menyokong dan mencurahkan ilmu. InshaaAllah,
perjuangan ini takkan terhenti setakat ini sahaja. Pasti, ada 6 lagi gunung
yang patut diredah sebelum kejayaan mutlak menjadi milik diri ini.
Doakan saya
ye kawan-kawan.
Jika anda
juga ingin melangkah bersama saya, saya sedia membantu. Tiada apa sebenarnya
yang mustahil dalam dunia ini. Peluang sudah terbentang di depan mata. Cuma
terpulang kepada kita untuk mencorakkan perjalanan hidup kita sendiri.
#IbuCakna
No comments:
Post a Comment