19/07/2014

Pembelian secara online

Berita baik buat pengguna kad debit dan kad kredit yang ingin membuat pembelian terus daripada Shaklee.

Klik Dibawah

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=175b0230afbb0ad5a51a2c70b9c768df

Miracle of Vivix

Assalamualaikum dan Selamat Pagi semua....

Ramadhan dah makin berlalu, Julai pun nak tiba ke penghujungnya. Maksudnya apa?
Promosi Vivix pun dah nak habis la ni...



Rugi sebenarnya tak ambil peluang untuk memiliki vivix ketika promosi ni. Harga Vivix sebotol RM 475 tau, tapi kalau ambil 2 botol, terus daftar ahli secara automatik dan semestinya dapat membeli dengan harga ahli yang sudah tentu jimatnya berganda-ganda. Dah la next month bonus Shaklee terus masuk ke akaun anda hanya sebab beli 2 botol Vivix. heheheheh

Apa best sangat ke Vivix ni. Ah nak citer best ke tak best, tengok jela testimoni . Entry kali ni, saya letak jer semua testimoni yang sempat saya kumpul untuk Vivix.










 




 
Okay tak?
kalau rasa ianya berbaloi untuk dimiliki, boleh terus order sekarang sementara masih dengan promosi ni haaa. Promosi produk tertentu, setahun sekali jer. Wah, saya pun dah rembat Vivix untuk kegunaan sendiri. sebotol boleh tahan 2 bulan tau. Memang sangat berbaloi-baloi.
 
Nanti kalau saya terjumpa lagi Testimoni yang best-best, saya update kat sini dari semasa ke semasa yer...
 
Berminat nak order?
FREE POSTAGE yer
 
011-14369086
Syazwani Mat Yazit
Kuala Kubu Bharu, Selangor.


08/07/2014

Susu Badan Merudum? Cara menambah air susu ibu

Air susu ibu akan keluar secara automatikdaripada kelenjar susu apabila berlaku peningkatan hormon prolaktin dalam darah. Pabila bayi menghisap susu, ia akan meningkatkan paras hormon prolaktin yang mengaktifkan paras hormon prolaktin yang mengaktifkan kelenjar susu.

Tapi, tahukah anda bahawa faktor zat makanan juga penting bagi penghasilan susu ibu yang berkualiti.

  • Minum air secukupnya sekurang-kurangnya lapan gelas sehari
  • Amalkan pemakanan seimbang
  • Sekiranya tidak mampu mengamalkan corak pemakanan seimbang, anda boleh mengamalkan pengambilan supplemen
  • Kalsium yang cukup (boleh didapati dalam susu, makanan tenusu, sayuran hijau, jagung)
  • Penyusuan yang berterusan dengan cara pemerahan susu yang berterusan dan cara pemerahan susu yang betul menjamin pembentukan susu yang banyak

07/07/2014

KENAL PASTI MASALAH YANG MEMBAHAYAKAN BAYI BARU LAHIR

Tahniah kepada ibubapa yang baru menimang cahaya mata. Moga perkongsian kali ini bermanfaat kepada anda semua.

Seharusnya setiap ibubapa mempunyai harapan yang tinggi agar anak yang dilahirkan selamat dan sempurna. Namun terkadang ibubapa terutama yang baru menimang anak sulung tidak menyedari bahawa anak mereka sakit dan tidak membesar dengan sempurna. Semoga dengan sedikit perkongsian ini dapat membantu ibubapa untuk memastikan anak itu sakit atau tidak sebelum pergi mendapatkan rawatan yang selanjutnya.

Tanda-tanda bahaya pada bayi
  • Menangis berterusan dan tidak berhenti
  • Terlalu banyak tidur dan enggan bangun
  • Berat badan tidak bertambah atau semakin berkurang selepas dua minggu
  • Tidak kencing dan buang air besar
  • Najis bercampur darah
  • Kuning (pada kulit)
  • Muntah terlalu banyak
  • Perut kembung keras
  • Pusat berbau busuk dan tidak sembuh
  • Tidak kencing dari 24 jam
  • Kerandut zakar yang kosong (bagi bayi lelaki)
Kenali penyakit kuning (Jaundis)
Antara sebab berlakunya Jaundis :
  • Pemecahan sel darah dalam tubuh bayi
  • Penyerapan najis (Meconium) ke dalam darah
  • Fungsi hati yang tidak sempurna
  • Organ perkumuhan tidak mampu membuang toksik
  • Alah pada susu ibu
Apa itu Jaundis?
Jaundis ialah kekuningan pada kulit (kadangkala pada mata). Ianya berlaku pada bayi lahir apabila kandungan billirubin (toksin kuning) dalam darah tinggi. Billirubin diproses oleh hati dan dibuang menerusi kencing dan najis. Namun hati bayi yang baru lahir biasanya belum matang dan kurang upaya untuk memproses billirubin.

Jenis Jaundis
Jaundis Fisiogik
Jaundis Fisiogik disebabkan oleh oleh fungsi hati yang kurang matang. Biasanya ia bermula pada hari kedua hingga keempat selepas dilahirkan. Ianya akan hilang dalam masa satu hingga empat minggu dan biasanya tidak membimbangkan..

Jaundis Patologik
Jaundis Patologik ialah jaundis yang berlaku kurang dari 24 jam selepas kelahiran. Ia selalunya memiliki punca patologik sperti penyakit atau wujud kelainan pada hati, hemolisis disebabkan genetik, hemolisis rangsangan ubat dan banyak lagi. Jaundis ini meningkat dengan cepat dan memerlukan rawatan segera.

Risiko tidak merawat penyakit ini
Toksin billirubin yang banyak dalam darah akan menyerap masuk ke dalam otak dan mengakibatkan kecacatan otak. Ia bukan sahaja boleh menyebabkan pekak dan 'Cerebral Palsy', malah mengakibatkan kematian bayi.
Oleh itu, ibubapa perlu membawa bayi ke klinik jika bayi kelihatan kuning dan dapatkan rawatan segera sebelum terlambat.

Rawatan untuk penyakit Jaundis
Ujian darah akan dibuat untuk memastikan paras billirubin.
Bayi akan diletakkan dibawah lampu ultraungu yang mampu menyingkirkan toksik kuning dan billirubin.
Seandainya toksin billirubin terlalu banyak, maka pertukaran darah perlu dibuat.

Tips untuk mengatasi Jaundis (mengikut petua keluarga saya)
  • Beri susu ibu secukupnya
  • Mandikan dengan daun inai
  • Beri perahan air sengkuang
  • Beri air zam zam
  • Rawatan hemoterapi
TAHUKAH ANDA?
Kebanyakan ibu yang baru menimang cahaya mata mengalami masalah untuk menghasilkan susu badan terutama bagi anak yang pertama. Jangan khuatir, ibu hanya perlu mendapatkan zat serta nutrisi yang mencukupi supaya susu ibu dapat dihasilkan dengan berkualiti.

Saya mencadangkan ibu-ibu sekalian untuk mencuba Set Kehamilan dan Bersalin daripada Shaklee. Vitamin dalam set ini mampu membantu ibu mendapatkan zat dan nutrisi yang diperlukan oleh badan ibu terutama semasa berpantang. Semasa berpantang, ibu tidak boleh makan sebarangan dan ini menyebabkan badan ibu tidak memperolehi nutrisi yang cukup.



cc:Dr Rushmini Maris (Penjagaan Sewaktu Kehamilan dan Selepas Bersalin)
Copyright to Celoteh Ibu Cakna
Designed by UMIESUEstudio 2015