08/07/2014

Susu Badan Merudum? Cara menambah air susu ibu

Air susu ibu akan keluar secara automatikdaripada kelenjar susu apabila berlaku peningkatan hormon prolaktin dalam darah. Pabila bayi menghisap susu, ia akan meningkatkan paras hormon prolaktin yang mengaktifkan paras hormon prolaktin yang mengaktifkan kelenjar susu.

Tapi, tahukah anda bahawa faktor zat makanan juga penting bagi penghasilan susu ibu yang berkualiti.

  • Minum air secukupnya sekurang-kurangnya lapan gelas sehari
  • Amalkan pemakanan seimbang
  • Sekiranya tidak mampu mengamalkan corak pemakanan seimbang, anda boleh mengamalkan pengambilan supplemen
  • Kalsium yang cukup (boleh didapati dalam susu, makanan tenusu, sayuran hijau, jagung)
  • Penyusuan yang berterusan dengan cara pemerahan susu yang berterusan dan cara pemerahan susu yang betul menjamin pembentukan susu yang banyak

No comments:

Copyright to Celoteh Ibu Cakna
Designed by UMIESUEstudio 2015