04/06/2014

[ BATU KARANG ]

Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran kepadaNYA... 

Syukur pabila husband bagitau yang anak buahnya yang menderita sakit akibat BATU KARANG sudah berkurangan sakitnya. Pada awalnya, anak buahnya itu berasa sakit sewaktu membuang air kecil dan bertambah parah apabila kesakitan itu datang dalam keadaan dia tidak melakukan apa-apa pun (dalam keadaan rehat pun rasa sakit) . Apabila buat check up ke hospital, Doktor mengesahkan yang beliau menghidap penyakit batu karang.

Sehinggalah suami saya memaklumkan kepada saya dan saya mencadangkan untuk mengambil supplemen untuk mengurangkan simptom batu karang tersebut. Beliau mengambil set BATU KARANG  [ BCOMPLEX, VITAMIN C dan OSTEMATRIX ].

Dan setelah mencuba selama kurang 2 minggu, beliau memberi feedback yang positif. Rasa kesakitan telah berkurangan dan tidak perlu lagi menelan pain killer.

Sedikit perkongsian mengenai Batu karang yang saya ambil daripada blog wafiqulya.blogspot.com dan Dr Hamid Arshat .
----------------------------------------------------------------------------------------------

GEJALA BATU KARANG DALAM HEMPEDU :

~Rasa senak kronik yang hadir dengan rasa mual, angin, kembung perut dan kadangkala sakit di bahagian perut.

~Kesakitan yang datang secara tiba-tiba, konsisten dan sederhana bertukar teramat sakit di bahagian tengah dan kanan atas perut.

~Rasa sakit apabila ditekan pada bahagian tepi ulu hati.

~Rasa sakit di hempedu ketika menarik nafas.

~Rasa loya dan muntah tanpa sebab.

~Kadangkala batu karang hempedu terperangkap di pangkal pundi hempedu dan mengakibatkan rasa sakit berterusan atau mengalami demam panas.


~Selain itu, ada ketikanya batu karang hempedu terlepas daripada pundi hempedu dan masuk melalui duktus dari hati dan pundi hempedu ke usus kecil (duktus hempedu biasa)

~Ia juga boleh masuk melalui duktus yang menghala pancreas dan menyebabkan ketulan batu karang ini tersumbat dan menyekat duktus mengakibatkan komplikasi dikenali sebagai pankreatitis.





BAGAIMANA MERAWAT BATU KARANG?
Secara umumnya, pesakit yang menghidap batu karang akan disarankan untuk melakukan pembedahan laparoskopik kolesistektomi ataupun pembedahan terbuka.

ada juga pesakit yang tidak mahu diri dibedah dan kebiasaannya doctor akan menyarankan untuk mengambil pil garam hempedu untuk melarutkan batu kolestrol untuk tempoh tertentu.


~~~RAWATAN ALTERNATIF~~~
>Minum 4 gelas jus epal setiap hari selama 5 hari berturut-turut

>Hari ke-6 jangan makan malam

>Pada pukul 6 petang hari ke-6: Makan satu sudu garam Epsom (magnesium Sulfat) yang boleh dibeli dari farmasi.

>Pukul 8 malam hari ke-6: Ulang makan garam Epsom

>Pukul 10 malam hari ke-6: Campurkan satu cawan (250ml) minyak zaitun atau minyak bijan dan setengah cawan jus lemon segar (perah 3 biji lemon). Campur minyak zaitun dengan jus lemon dan minum.

>Inshaa Allah esok pagi buang air besar akan kelihatan batu karang keluar.

[Petua Dr Hamid Arshat]


================================================
Pengambilan Supplemen juga dapat membantu pesakit yang menghidap penyakit batu karang.

B COMPLEX ~ Mengurangkan oksalat (garam) yang membentuk batu karang & menampung vitamin B6 yang berkurangan.

VITAMIN C ~Menambah keasidan urin dimana batu karang tidak akan terbentuk dalam urin yang berasid, juga untuk membantu penyembuhan luka dalaman.

OSTEMATRIX ~Mengandungi magnesium yang mengurangkan oksalat (garam) & mencegah pembentukan batu karang.

CAROTOMAX ~Menyembuhkan luka di urinary akibat batu karang.

ALFALFA COMPLEX ~Mengurangkan inflamasi & infeksi

OMEGA GUARD ~Membakar lemak berlebihan yang mendorong pembentukan batu karang.

LECITHIN ~Mengemulsi lemak dan minyak makanan yang dimakan dan menghalang daripada diserap oleh perut.

==================================================

Semoga entry kali ni dapat membantu rakan-rakan yang menderita penyakit batu karang itu. Setiap penyakit pasti ada penawarnya. Yang paling penting kita kena berusaha dan kemudian baru boleh tawakal kepada Allah.

Salam Sayang,
IbuCakna
UKM Bangi
[040955HJun2014]



No comments:

Copyright to Celoteh Ibu Cakna
Designed by UMIESUEstudio 2015