28/09/2015

DOBI LAYAN DIRI Di Tanah Merah

Hari ni agak sibuk dengan perancangan yang sudah diatur. Paginya seperti biasa mengemas bilik untuk diduduki sepanjang cuti. Almaklum la, jarang-jarang sekali balik, pastinya bilik berhabuk dan berdebu.

Sempat juga menjengahkan diri ke PPD Tanah Merah untuk urusan pertukaran. Inshaa Allah ada rezeki, boleh la menaburkan khidmat di daerah kelahiran diri. Syukur segala urusan dipermudahkan oleh Allah. Walaupun masih belum pasti keputusan pertukaran tapi saya yakin Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat saya.

Malamnya, keluar mendobi pakaian di Nurul's Cafe & Laundry yang terletak di belakang SMK Dato Mahmud Paduka Raja di Tanah Merah. Saya sangat selesa mendapatkan khidmat dobi disini. Walaupun konsepnya layan diri, tapi yang paling best kerana ada disediakan kafe dan wifi kegunaan pelanggan. 

Sambil tunggu kain siap, saya mengupdate blog dan Sarah menikmati kek coklat indulgence

Harganya pula sangat berpatutan dan jimat berganda-ganda. Tiada caj tambahan dikenakan untuk detergent.


Selain itu, konsepnya juga mesra pengguna. Disamping itu, pemilik kedai dobi ini juga mesra melayan pelanggan. Nama jer Dobi Layan Diri, tapi kita turut dilayan kehendak kita.


Kalau anda lapar sementara menunggu kain siap, anda boleh juga order makanan yang ada disediakan di sini. Biasanya saya gemar memesan kek yang rasanya lebih kurang Secret Resepi.


Inilah pandangan depan kafe dan Laundry milik Cik Nurul. Jika anda berminat untuk mendapatkan khidmat dobi ini, anda boleh terus datang ke sini.

Okay, itu sahaja untuk entry kali ini. Moga bersua lagi.

#IbuCakna
Journey to One Mission
Raya haji 2015


MASTER HAJAH SALWA


KEJAYAAN DI USIA EMAS
=======================




Sebelum ini, saya hanya mengenali namanya sahaja. Hari ini buat pertama kalinya saya melihat wajah beliau. Itupun hanya pada sekeping poster yang dikirim oleh Master upline saya untuk dibuat tugasan khas story telling. Melihatkan kepada gambar beliau, buat saya teruja untuk mencungkil cerita penglibatan beliau dalam bisnes Shaklee.

Kenapakah saya tergerak hati untuk menulis kisah beliau?
Tidak lain dan tidak bukan adalah kerana sekarang umur beliau yang sudah menjangkau 65 tahun. Ya, 65 tahun. Tambah membuat diri ini teruja pabila mengetahui daku juga berasal dari salasilah Master ini (sangat kesian kan sesi jejak kasih ni)

Menelusuri kisah mantan guru ini, sebenarnya agak tercuit rasa hati pabila mengetahui yang beliau hanya mengambil keputusan untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee hanya kerana tidak mahu diganggu oleh Master Hj Roslan yang tidak jemu-jemu mengajak mereka menceburi bisnes Shaklee.
Memandangkan yuran keahlian Shaklee Cuma RM65 (pada masa tersebut), beliau daftar juga sebagai ahli dengan harapan selepas itu, tiada lagi gangguan daripada sahabat beliau itu.

Kalau diikutkan, Master Hjh Salwa sebenarnya sangat anti dengan bisnes MLM. Tetapi sebagaimana pandangan sebahagian besar ahli Shaklee yang lain, bisnes Shaklee tidak seperti MLM yang lain. Ianya sangat berbeza dan sangat telus. Jadi tidak hairanlah sekiranya selepas itu Master Hajah Salwa terasa dekat untuk terus menceburi bisnes Shaklee secara serius.

Rupanya, barulah saya tahu perjalanan kisah Master Salwa tidak semudah yang disangka. Bayangkanlah, beliau mendaftar menjadi ahli Shaklee pada tahun 1995 (waktu itu saya hanya berusia 9 tahun) dan dinobatkan menjadi Master Coordinator pada tahun 2013. Betapa beliau tidak putus asa walau terpaksa melalui jalan yang berliku-liku selama 18 tahun sebelum tiba di puncak kejayaan.

Cuba bayangkan, seandainya Master Hjh Salwa berputus asa dahulu, mungkin kejayaan tidak mampu dikecapi pada masa sekarang. Mereka sungguh sabar dan konsisten sebelum mengecapi kejayaan yang manis ini di usia emas.

“If you really want to do something, you will find a way. If you dont, you’ll find excuse”

Jika Master Hajah Salwa sanggup bertahan sehingga 20 tahun dalam bisnes Shaklee, sudah pasti ada sesuatu yang istimewa dalam bisnes ini. Agak malu rasa diri yang kerdil ini apabila dibandingkan dengan semangat yang ada pada diri beliau. Baru setahun jagung sudah terasa ingin give up.

Alhamdulillah, diri saya dikurniakan leaders yang sangat hebat. Mama, Nanny, Grandnanny, dan SuperGrandnanny yang sentiasa menyokong dan mencurahkan ilmu. InshaaAllah, perjuangan ini takkan terhenti setakat ini sahaja. Pasti, ada 6 lagi gunung yang patut diredah sebelum kejayaan mutlak menjadi milik diri ini.

Doakan saya ye kawan-kawan.

Jika anda juga ingin melangkah bersama saya, saya sedia membantu. Tiada apa sebenarnya yang mustahil dalam dunia ini. Peluang sudah terbentang di depan mata. Cuma terpulang kepada kita untuk mencorakkan perjalanan hidup kita sendiri.

#IbuCakna
Copyright to Celoteh Ibu Cakna
Designed by UMIESUEstudio 2015