01/10/2014

ESP Menggila ~ Daku yang tergila-gila

[CERITA PROMOSI MENGGILA OKTOBER]

Pagi-pagi dapat mesej daripada Shaklee. Pemberitahuan promosi Oktober 2014. Memang terkejutlah saya dan rakan SID lain. Mana taknya, untuk bulan Oktober ni promosi Mealshakes (Beli 3 percuma 1) masih diteruskan dan ditambah pula dengan promosi ESP (Beli 6 percuma 1).



Dah Shaklee ni, macam tau-tau saya ni nak start ambik ESP semula. Yela, sejak pregnant ni tak sempat lagi nak ambil ESP. Asal order restok jer customer dah sambar. hehehe. Jadi, memang dah jadi polisi saya untuk utamakan pelanggan. Saya punya dapat lambat pun takpe laaa.

Tengok-tengok hari ni Shaklee announce kalau beli 6 dapat PERCUMA 1 tong. Haa.. tak ke best tu. Itulah hikmahnya jika kita sanggup bersabar. hihihihi

Okay, jika anda nak tau apa yang best sangat pasal ESP ni, boleh la baca mengenainya ek. Banyak info menarik mengenai ESP disana. Jangan tak tau pulak ye, ESP ni merupakan hot seller Shaklee sejak dahulu kala. Saya pun jatuh cinta sangat dengan ESP ni sebab saya dapat kurangkan nafsu makan saya setelah mengamalkan ESP. Kemudian, selepas itu saya tukar daripada ESP kepada Cinch Shake untuk dapatkan shape badan yang solid.

Woewwww.... hasilnya berat badan saya yang dulu dok main-main antara 62kg-67kg berjaya diturunkan sehingga 55kg pada Julai 2014 yang lalu sebelum saya disahkan hamil. Menakjubkan nukan. Habis seluar longgar, penangan Cinch Shake. Baru teringin nak pakai kebaya, test UPT dah positif. Syukur jugak tu, rezeki daripada Allah, jangan dok tolak.

Sekarang tengah preggy 13week, last timbang masa 12week aritu baru 57kg. Haaa...kelas kau. So, dah pregnant ni mmg stop terus ambik Cinch dan ESP pun dah lama tak restok.

Jadi sekarang, sebab badan asyik penat jer, memang nak tak nak, kena amal semula pengambilan ESP ni haa. Ye laa, tuntutan tugas semasa memerlukan kita memerah tenaga yang seoptima mungkin walaupun hamil.

Okaylah, cakap banyak pun tak guna. Esok rasa nak order terus satu set promo ESP ni untuk dibuat stok. Sape yang rasa nak wat stok jugak, boleh pm saya direct ok. Juga promosi MEALSHAKES, jangan lupa...hahhahaha



ooo jangan tak tau pulak, Kalau beli set promo ESP ni, anda berhak dapat:

~Keahlian PERCUMA
~Bonus sebanyak RM36 pada bulan hadapan
~Special daripada saya jer (rahsia....hihihihi)

So, tunggu apa lagi? Jom rebut peluang yang tak selalu hadir ni.

Syazwani
Shaklee Independent Distributor
011-14369086
012351Oktober2014

22/09/2014

KOLESTROL ~ Perlu ke dalam badan kita?

CABARAN ERA INI

Adakah anda salah seorang dari 6 juta warga Malaysia yang menghadapi masalah tinggi koleterol?
Dianggarkan bahawa satu daripada tiga orang dewasa di Malaysia mempunyai paras kolesterol yang tinggi. Kandungan kolestrol yang tinggi dalam darah menyumbang kepada masalah kesihatan yang serius dimana ia boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia, dan dalam jangkamasa panjang ini akan memberikan impak negatif terhadap kesihatan jantung dan fungsi kardiovaskular. Tetapi apa yang lebih membimbangkan kita sekarang dimana ramai individu yang masih tidak menyedari bahawa paras kolesterol mereka terlalu tinggi.

APA ITU KOLESTEROL?
Kolesterol merupakan bahan lemak yang terdapat dalam saluran darah dan kesemua sel-sel badan. Ia merupakan komponen tubuh yang penting untuk pembentukansel membran, hormon, hempedu dan tisu-tisu lain dalam tubuh.

DUA SUMBER UTAMA KOLESTEROL
Kolesterol dihasilkan secara semulajadi oleh hati anda tetapi juga boleh diperolehi dari makanan harian anda. Kolesterol yang anda makan akan meningkatkan paras kolesterol darah anda. Kandungan kolesterol darah yang terlalu tinggi akan meningkatkan risiko penyakit jantung dan angin ahmar.

Sumber :normalcholesterollevels.net

BAGAIMANA KOLESTEROL BOLEH MENYEBABKAN PENYAKIT JANTUNG?
Terdapat dua jenis kolesterol utama dalam darah anda:
  • LDL (Lipoprotein ketumpatan rendah)
  • HDL (Lipoprotein ketumpatan tinggi)
LDL dikenali sebagai kolesterol "jahat" kerana paras kolesterol LDL yang terlalu tinggi dalam darah boleh membentuk sejenis bahan melekit (plak) dalam saluran darah anda. Plak ini akan menyumbatkan saluran darah dan menyekat aliran darah seperti yang berlaku semasa serangan jantung atau angin ahmar.

Sebaliknya, kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol "baik" kerana ia membantu mengangkut kolesterol dari salur darah balik ke hati untuk disingkirkan. Dalam erti kata lain, HDL berperanan "membersihkan" saluran darah.

Oleh yang demikian, untuk melindungi diri daripada penyakit kardiovaskular, anda hendaklah mengekalkan paras kolesterol HDL yang tinggi dan paras kolesterol LDL yang rendah.

 
























APAKAH PENYEBAB UTAMA TINGGI KOLESTEROL?
Makanan di Malaysia yang tinggi lemak serta kalori adalah antara punca terjadinya masalah tinggi kolesterol. Persatuan Jantung Amerika mengesyorkan pengambilan kolesterol tidak melebihi 300mg sehari; bagi mereka yang menghidap penyakit jantung hendaklah menghadkan pengambilan kolesterol kurang daripada 200mg sehari.

Realiti pengambilan kolesterol oleh rakyat Malaysia




















Anda pasti tidak menyangka bahawa anda telah mengambil sebanyak 942mg kolesterol ! Itu adalah tiga kali ganda lebih daripada pengambilan harian yang disyorkan.

BERTINDAK HARI INI !!!

IKUTI PETUA INI UNTUK MERENDAHKAN PARAS KOLESTEROL DARAH ANDA SECARA SEMULAJADI

  • Amalkan pemakanan seimbang, rendah lemak tepu dan tinggi serat larut.
  • Lakukan senaman lebih kerap.
  • Turunkan berat badan.
  • Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika (NIH) mengesyorkan penambahan Fitosterol ke dalam diet harian anda bagi menurunkan paras kolestrol secara semulajadi.
ATASI MASALAH KOLESTEROL ANDA SECARA SEMULAJADI DENGAN FITOSTEROL

APA ITU FITOSTEROL?
Fitosterol (dirujuk sebagai sterol dan sterol tumbuhan) wujud secara semulajadi dalam kandungan yang sedikit dalam sumber makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, biji-bijian, legume, bijirin dan minyak sayuran. Lebih dari 80 kajian klinikal telah diterbitkan di dalam penerbitan saintifik melaporkan keberkesanan dan keselamatan fitosterol.

BAGAIMANA FITOSTEROL BERKESAN?
Struktur fitosterol adalah hampir sama seperti kolestrol dan dengan pengambilan fitosterol, ia akan bersaing dengan kolestrol untuk tapak penyerapan dalam sistem penghadaman. Hasilnya, penyerapan kolestrol dihalang dan ia akan disingkirkan keluar bersama-sama fitosterol. Ini bermaksud, apabila anda mengambil lebih banyak fitosterol maka semakin kurang kolestrol yang dapat diserap oleh tubuh dan semakin tinggi peluang untuk anda menurunkan paras kolestrol LDL.


















BERAPA BANYAK FITOSTEROL YANG ANDA PERLUKAN?
Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika (NIH) mengesyorkan pengambilan 2000mg Fitosterol dalam diet harian anda untuk membantu menurunkan paras kolestrol secara semulajadi.

sumber: www.shaklee.com.my (Atasi Masalah Kolesterol Anda Secara Semulajadi Dengan Fitosterol)

Phytocol-ST membekalkan 2,000mg FITOSTEROL sehari
Dapatkan Phytocol-ST daripada saya hari ini.

~smy~
Shaklee Independent Distributor
011-14369086 (Whatsapp)



21/09/2014

Herbal Blend Multipurpose Cream

Herbal Blend Multi-Purpose Cream
-Untuk kegunaan luaran sahaja

Herbal Blend Cream


 Krim yang menenangkan ini telah diuji secara klinikal dimana ia dapat melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah pada lutut, siku serta tumit kaki.

Ianya dingin, bermentol dan tidak berminyak.

Diperbuat daripada ekstrak herba semulajadi yang menenangkan termasuk Sage, Horse Chestnut, Yarrow dan Rosemary

Herba yang digunakan dalam Herbal Blend Multi-Purpose Cream


Ini pula ialah testimoni yang diberi oleh kawan baik saya yang telah menggunakan Herbal Blend ini untuk anak kecil beliau. Beliau order sebelum melahirkan anak dan beliau kata krim ini sangat berkesan untuk melegakan ruam bayi. 

Gambar ini pula beliau ambil kerana kaki anaknya merah-merah selepas memakai stokin dalam masa yang lama. Agaknya kaki bayi itu berpeluh dan terperap dalam stokin. Pabila membuka stokin tersebut terkejut yang amat melihat kaki bayinya kemerahan.

Dan segera beliau menyapu Herbal Blend ini ke kaki anaknya. Alhamdulillah dengan izin Allah kaki anaknya tidak apa-apa. Dalam masa 3 hari, ruam itu hilang sepenuhnya. Syukur .



Jangan tak tahu pula, Krim ini tersangat laris dipasaran malah selalu out of stock. Harga tidak terlalu mahal malah mampu milik.

Sebotol Herbal Blend Multi-purpose Cream = RM27.50

Dapatkan daripada saya hari ini.
~smy~
011-14369086
Shaklee Independent Distributor

PHYTOCOL-ST - Kawal Kolestrol Dalam Badan

PHYTOCOL-ST Shaklee adalah formula proprietari yang membekalkan 2000mg fitosterol setiap hari. 


Phytocol-ST Shaklee membekalkan 2000mg Fitosterol sehari


Keistimewaan Shaklee : 

  • Rumusan mantap daripada beberapa jenis fitosterol 
  • Membekalkan 2000 mg fitosterol tumbuhan setiap hari. 
  • Menepati 100% keperluan harian fitosterol yang disyorkan oleh Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH). 
  • Tiada tambahan pengawet, pewarna, perisa atau pemanis. 
Soalan lazim mengenai Phytocol-ST Shaklee 

Apakah itu Phytocol-ST Shaklee? 
Phytocol-ST Shaklee adalah formula proprietari yang membekalkan 2000mg Fitosterol setiap hari. 

Apa itu Fitosterol? 
Fitosterol (dirujuk sebagai sterol dan stanol tumbuhan) ditemui dalam membran sel tumbuh-tumbuhan. Ia juga boleh ditemui dalam kuantiti yang kecil dalam pelbagai tumbuhan, buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin. Dianggarkan 200-400mg sterol tumbuhan dan lebih kurang 50mg stanol tumbuhan kita makan setiap hari. 

Bagaimana pengambilan tablet ini dapat membantu kesihatan saya? 
Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika (NIH) mengesyorkan pengambilan 2000mg Fitosterol setiap hari, bersama-sama diet rendah lemak tepu dan rendah kolestrol disamping tinggi serat larut, bersenam dan penurunan berat badan. 

Bilakah masa yang sesuai untuk saya mengambil Phytocol-ST Shaklee?
Untuk hasil yang terbaik, ambil produk seperti yang disyorkan : dua tablet dua kali sehari dengan makanan.

Bolehkah saya mengambil Phytocol-St Shaklee dan Omega Guard Shaklee pada masa yang sama?
Ya. Tiada sebab kenapa anda tidak boleh mengambil kedua-dua produk ini demi menjaga kesihatan anda. Anda juga boleh mengambill CoQ Health Plus Shaklee yang boleh mengoptimumkan manfaat Phytocol-ST Shaklee.

Adakah produk ini sesuai untuk mereka yang mempunyai paras kolestrol tinggi sahaja?
Phytocol-ST Shaklee dapat membantu mengawal paras kolestrol dalam tubuh. Oleh yang demikian, ia disarankan kepada sesiapa sahaja yang ingin menjaga kesihatan mereka.

Adakah Phytocol-ST Shaklee bebas gluten?
Ya

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi:
Syazwani
011-14369086
Shaklee Independent Distributor

19/07/2014

Pembelian secara online

Berita baik buat pengguna kad debit dan kad kredit yang ingin membuat pembelian terus daripada Shaklee.

Klik Dibawah

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=175b0230afbb0ad5a51a2c70b9c768df

Miracle of Vivix

Assalamualaikum dan Selamat Pagi semua....

Ramadhan dah makin berlalu, Julai pun nak tiba ke penghujungnya. Maksudnya apa?
Promosi Vivix pun dah nak habis la ni...



Rugi sebenarnya tak ambil peluang untuk memiliki vivix ketika promosi ni. Harga Vivix sebotol RM 475 tau, tapi kalau ambil 2 botol, terus daftar ahli secara automatik dan semestinya dapat membeli dengan harga ahli yang sudah tentu jimatnya berganda-ganda. Dah la next month bonus Shaklee terus masuk ke akaun anda hanya sebab beli 2 botol Vivix. heheheheh

Apa best sangat ke Vivix ni. Ah nak citer best ke tak best, tengok jela testimoni . Entry kali ni, saya letak jer semua testimoni yang sempat saya kumpul untuk Vivix.










 




 
Okay tak?
kalau rasa ianya berbaloi untuk dimiliki, boleh terus order sekarang sementara masih dengan promosi ni haaa. Promosi produk tertentu, setahun sekali jer. Wah, saya pun dah rembat Vivix untuk kegunaan sendiri. sebotol boleh tahan 2 bulan tau. Memang sangat berbaloi-baloi.
 
Nanti kalau saya terjumpa lagi Testimoni yang best-best, saya update kat sini dari semasa ke semasa yer...
 
Berminat nak order?
FREE POSTAGE yer
 
011-14369086
Syazwani Mat Yazit
Kuala Kubu Bharu, Selangor.


08/07/2014

Susu Badan Merudum? Cara menambah air susu ibu

Air susu ibu akan keluar secara automatikdaripada kelenjar susu apabila berlaku peningkatan hormon prolaktin dalam darah. Pabila bayi menghisap susu, ia akan meningkatkan paras hormon prolaktin yang mengaktifkan paras hormon prolaktin yang mengaktifkan kelenjar susu.

Tapi, tahukah anda bahawa faktor zat makanan juga penting bagi penghasilan susu ibu yang berkualiti.

  • Minum air secukupnya sekurang-kurangnya lapan gelas sehari
  • Amalkan pemakanan seimbang
  • Sekiranya tidak mampu mengamalkan corak pemakanan seimbang, anda boleh mengamalkan pengambilan supplemen
  • Kalsium yang cukup (boleh didapati dalam susu, makanan tenusu, sayuran hijau, jagung)
  • Penyusuan yang berterusan dengan cara pemerahan susu yang berterusan dan cara pemerahan susu yang betul menjamin pembentukan susu yang banyak

07/07/2014

KENAL PASTI MASALAH YANG MEMBAHAYAKAN BAYI BARU LAHIR

Tahniah kepada ibubapa yang baru menimang cahaya mata. Moga perkongsian kali ini bermanfaat kepada anda semua.

Seharusnya setiap ibubapa mempunyai harapan yang tinggi agar anak yang dilahirkan selamat dan sempurna. Namun terkadang ibubapa terutama yang baru menimang anak sulung tidak menyedari bahawa anak mereka sakit dan tidak membesar dengan sempurna. Semoga dengan sedikit perkongsian ini dapat membantu ibubapa untuk memastikan anak itu sakit atau tidak sebelum pergi mendapatkan rawatan yang selanjutnya.

Tanda-tanda bahaya pada bayi
  • Menangis berterusan dan tidak berhenti
  • Terlalu banyak tidur dan enggan bangun
  • Berat badan tidak bertambah atau semakin berkurang selepas dua minggu
  • Tidak kencing dan buang air besar
  • Najis bercampur darah
  • Kuning (pada kulit)
  • Muntah terlalu banyak
  • Perut kembung keras
  • Pusat berbau busuk dan tidak sembuh
  • Tidak kencing dari 24 jam
  • Kerandut zakar yang kosong (bagi bayi lelaki)
Kenali penyakit kuning (Jaundis)
Antara sebab berlakunya Jaundis :
  • Pemecahan sel darah dalam tubuh bayi
  • Penyerapan najis (Meconium) ke dalam darah
  • Fungsi hati yang tidak sempurna
  • Organ perkumuhan tidak mampu membuang toksik
  • Alah pada susu ibu
Apa itu Jaundis?
Jaundis ialah kekuningan pada kulit (kadangkala pada mata). Ianya berlaku pada bayi lahir apabila kandungan billirubin (toksin kuning) dalam darah tinggi. Billirubin diproses oleh hati dan dibuang menerusi kencing dan najis. Namun hati bayi yang baru lahir biasanya belum matang dan kurang upaya untuk memproses billirubin.

Jenis Jaundis
Jaundis Fisiogik
Jaundis Fisiogik disebabkan oleh oleh fungsi hati yang kurang matang. Biasanya ia bermula pada hari kedua hingga keempat selepas dilahirkan. Ianya akan hilang dalam masa satu hingga empat minggu dan biasanya tidak membimbangkan..

Jaundis Patologik
Jaundis Patologik ialah jaundis yang berlaku kurang dari 24 jam selepas kelahiran. Ia selalunya memiliki punca patologik sperti penyakit atau wujud kelainan pada hati, hemolisis disebabkan genetik, hemolisis rangsangan ubat dan banyak lagi. Jaundis ini meningkat dengan cepat dan memerlukan rawatan segera.

Risiko tidak merawat penyakit ini
Toksin billirubin yang banyak dalam darah akan menyerap masuk ke dalam otak dan mengakibatkan kecacatan otak. Ia bukan sahaja boleh menyebabkan pekak dan 'Cerebral Palsy', malah mengakibatkan kematian bayi.
Oleh itu, ibubapa perlu membawa bayi ke klinik jika bayi kelihatan kuning dan dapatkan rawatan segera sebelum terlambat.

Rawatan untuk penyakit Jaundis
Ujian darah akan dibuat untuk memastikan paras billirubin.
Bayi akan diletakkan dibawah lampu ultraungu yang mampu menyingkirkan toksik kuning dan billirubin.
Seandainya toksin billirubin terlalu banyak, maka pertukaran darah perlu dibuat.

Tips untuk mengatasi Jaundis (mengikut petua keluarga saya)
  • Beri susu ibu secukupnya
  • Mandikan dengan daun inai
  • Beri perahan air sengkuang
  • Beri air zam zam
  • Rawatan hemoterapi
TAHUKAH ANDA?
Kebanyakan ibu yang baru menimang cahaya mata mengalami masalah untuk menghasilkan susu badan terutama bagi anak yang pertama. Jangan khuatir, ibu hanya perlu mendapatkan zat serta nutrisi yang mencukupi supaya susu ibu dapat dihasilkan dengan berkualiti.

Saya mencadangkan ibu-ibu sekalian untuk mencuba Set Kehamilan dan Bersalin daripada Shaklee. Vitamin dalam set ini mampu membantu ibu mendapatkan zat dan nutrisi yang diperlukan oleh badan ibu terutama semasa berpantang. Semasa berpantang, ibu tidak boleh makan sebarangan dan ini menyebabkan badan ibu tidak memperolehi nutrisi yang cukup.



cc:Dr Rushmini Maris (Penjagaan Sewaktu Kehamilan dan Selepas Bersalin)

06/06/2014


Sedar tak sedar.
BULAN PUASA SEMAKIN MENGHAMPIRI KITA

"Ya Allah, berkatilah kami di bulan Sya'ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan"

Adakah anda risau
~KELETIHAN APABILA MENYUSU BAYI PADA BULAN PUASA?
~KUANTITI SUSU BADAN MERUDUM DISEBABKAN PUASA?

Sememangnya menyusukan anak pada bulan Ramadhan merupakan cabaran yang cukup besar buat wanita yang bergelar ibu. Ada ibu yang mengalami masalah dimana penghasilan susunya merudum, susu badan semakin kurang dan adakala kelihatan seolah-olah sudah kering.

Untuk ibu-ibu, anda tidak perlu panik atau berputus asa. Terdapat pelbagai teknik dan kaedah untuk mengatasi masalah ini. Tiada masalah tanpa jalan penyelesaian.

 ~Dalam Islam, ibu yang menyusukan anak diberi rukhsah untuk berbuka puasa sekiranya bimbang kadar pengeluaran susu merudum dan dibimbangi memudaratkan anaknya.

~Ibu-ibu juga boleh menambah sesi mengepam susu pada waktu siang dan malam.

~mengamalkan diet dan petua tertentu seperti makan kurma dan minum air zam-zam.

~Mengamalkan pengambilan supplemen semulajadi untuk memastikan badan kekal cergas semasa menyusu bayi.


TAHUKAH ANDA?
setiap kali Ramadhan menjelang tiba, set Mighty 3 Gems ini PALING LAKU dikalangan ibu-ibu yang hamil dan juga yang menyusukan bayi. Alhamdulillah, ramai yang telah mendapat MANFAAT daripada set cadangan ini dan dapat memenuhi keperluan susu si manja tanpa ibu merasa terlalu letih. Set cadangan ini memenuhi KEPERLUAN nutrisi untuk individu yang BERPUASA.




ESP - Membekalkan tenaga dan memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Menyediakan tenaga yang berkekalan dan membantu menahan rasa lapar menerusi bekalan tenaga yang konsisten.
Mealshakes - Membekalkan nutrient (19 vitamin dan mineral penting) yang diperlukan oleh tubuh. Sumber yang kaya dengan kalsium, fiber dan protein)

Performance Drink - Mengandungi formula karbohidrat unik yang membekalkan tenaga secara serta merta. Ianya memberikan kita tenaga berterusan tanpa mengganggu kestabilan gula didalam darah. Membantu mengelakkan rasa dehidrasi akibat kurang minum air semasa berpuasa. TERBUKTI secara klinikal mampu menyokong tahap hidrasi berbanding air.

cc:greenvitamin.net

SET MIGHTY 3 GEMS ini tidak terhad kepada ibu menyusu sahaja.
Ianya sesuai untuk sesiapa sahaja yang ingin mengekalkan RASA KECERGASAN semasa SEDANG BERPUASA.


Sebarang info berkaitan, anda boleh terus hubungi saya,
011-14369086 (pm/whatsapp)
Syazwani Mat Yazit

05/06/2014

IKHTIAR UNTUK HAMIL

[ IKHTIAR UNTUK HAMIL ]
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar
Syukur atas segala nikmat kuniaanMU yang tidak terhingga.

Rasa gembira yang amat dengan perkabaran daripada rakan baik yang selama ini mengidamkan cahaya mata sebagai penyeri dalam rumahtangga mereka. Rakan baik saya ni dah 3 tahun mendirikan rumahtangga tetapi belum rezeki mereka agaknya untuk mendengar tangisan anak kecil. Pelbagai cara mereka dah usahakan namun masih belum berhasil. Sehinggalah saya dah mengenali Shaklee, saya tau yang Shaklee turut membantu dalam masalah ketidaksuburan individu.

Hujung tahun lepas, rakan saya tu dah agak give up selepas pelbagai usaha yang dibuat tidak berhasil. Sehinggalah Dr mencadangkan untuk buat rawatan kesuburan serta In Vitro . Beliau agak takut untuk menjalani proses tersebut. Kebetulan pula saya baru mengenali Shaklee, lantas saya memaklumkan perihal kepentingan supplemen untuk kesuburan. Saya mencadangkan ESP, GLA, ALFALFA untuk beliau sendiri disamping ZINC COMPLEX dan VITAMIN E untuk suaminya.





Sejak daripada itu, beliau hentikan rawatan lain dan cuba dengan produk yang saya sarankan. Seringkali saya pujuk beliau, baiki kesihatan diri terlebih dahulu sebelum sedia untuk mengandung. Dan yang paling penting jangan stress dan terlalu memikirkan perihal anak. DOA, USAHA dan TAWAKAL, serah kepada Allah semata-mata.
 Dan 3 minggu lepas, selepas kurang 6 bulan beliau consume Set Kesuburan Shaklee, beliau memaklumkan yang beliau sudah hamil lebih kurang 9 minggu (mengikut rekod ultrasound). Syukur yang tidak terhingga daripada saya sampai menitis airmata kegembiraan.
Sesungguhnya Allah Maha Mendengar rintihan hati hambaNYA.

Kepada rakan-rakan lain yang ingin menimang cahaya mata, apakata kalau baiki dahulu system badan. Apabila badan mendapat nutrisi secukupnya, barulah penyakit tak mudah hinggap.

Jangan berhenti mengharap, jangan berhenti berdoa kepada Allah. DIA akan beri yang terbaik buat kita. Jika ada rakan yang berminat ingin mendapatkan khidmat konsultasi daripada saya, jangan segan silu untuk hubungi saya ye (,")

Coretan IbuCakna
Syaz~01114369086 (whatsapp)
KKB [051413HJUN2014]

04/06/2014

[ BATU KARANG ]

Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran kepadaNYA... 

Syukur pabila husband bagitau yang anak buahnya yang menderita sakit akibat BATU KARANG sudah berkurangan sakitnya. Pada awalnya, anak buahnya itu berasa sakit sewaktu membuang air kecil dan bertambah parah apabila kesakitan itu datang dalam keadaan dia tidak melakukan apa-apa pun (dalam keadaan rehat pun rasa sakit) . Apabila buat check up ke hospital, Doktor mengesahkan yang beliau menghidap penyakit batu karang.

Sehinggalah suami saya memaklumkan kepada saya dan saya mencadangkan untuk mengambil supplemen untuk mengurangkan simptom batu karang tersebut. Beliau mengambil set BATU KARANG  [ BCOMPLEX, VITAMIN C dan OSTEMATRIX ].

Dan setelah mencuba selama kurang 2 minggu, beliau memberi feedback yang positif. Rasa kesakitan telah berkurangan dan tidak perlu lagi menelan pain killer.

Sedikit perkongsian mengenai Batu karang yang saya ambil daripada blog wafiqulya.blogspot.com dan Dr Hamid Arshat .
----------------------------------------------------------------------------------------------

GEJALA BATU KARANG DALAM HEMPEDU :

~Rasa senak kronik yang hadir dengan rasa mual, angin, kembung perut dan kadangkala sakit di bahagian perut.

~Kesakitan yang datang secara tiba-tiba, konsisten dan sederhana bertukar teramat sakit di bahagian tengah dan kanan atas perut.

~Rasa sakit apabila ditekan pada bahagian tepi ulu hati.

~Rasa sakit di hempedu ketika menarik nafas.

~Rasa loya dan muntah tanpa sebab.

~Kadangkala batu karang hempedu terperangkap di pangkal pundi hempedu dan mengakibatkan rasa sakit berterusan atau mengalami demam panas.


~Selain itu, ada ketikanya batu karang hempedu terlepas daripada pundi hempedu dan masuk melalui duktus dari hati dan pundi hempedu ke usus kecil (duktus hempedu biasa)

~Ia juga boleh masuk melalui duktus yang menghala pancreas dan menyebabkan ketulan batu karang ini tersumbat dan menyekat duktus mengakibatkan komplikasi dikenali sebagai pankreatitis.





BAGAIMANA MERAWAT BATU KARANG?
Secara umumnya, pesakit yang menghidap batu karang akan disarankan untuk melakukan pembedahan laparoskopik kolesistektomi ataupun pembedahan terbuka.

ada juga pesakit yang tidak mahu diri dibedah dan kebiasaannya doctor akan menyarankan untuk mengambil pil garam hempedu untuk melarutkan batu kolestrol untuk tempoh tertentu.


~~~RAWATAN ALTERNATIF~~~
>Minum 4 gelas jus epal setiap hari selama 5 hari berturut-turut

>Hari ke-6 jangan makan malam

>Pada pukul 6 petang hari ke-6: Makan satu sudu garam Epsom (magnesium Sulfat) yang boleh dibeli dari farmasi.

>Pukul 8 malam hari ke-6: Ulang makan garam Epsom

>Pukul 10 malam hari ke-6: Campurkan satu cawan (250ml) minyak zaitun atau minyak bijan dan setengah cawan jus lemon segar (perah 3 biji lemon). Campur minyak zaitun dengan jus lemon dan minum.

>Inshaa Allah esok pagi buang air besar akan kelihatan batu karang keluar.

[Petua Dr Hamid Arshat]


================================================
Pengambilan Supplemen juga dapat membantu pesakit yang menghidap penyakit batu karang.

B COMPLEX ~ Mengurangkan oksalat (garam) yang membentuk batu karang & menampung vitamin B6 yang berkurangan.

VITAMIN C ~Menambah keasidan urin dimana batu karang tidak akan terbentuk dalam urin yang berasid, juga untuk membantu penyembuhan luka dalaman.

OSTEMATRIX ~Mengandungi magnesium yang mengurangkan oksalat (garam) & mencegah pembentukan batu karang.

CAROTOMAX ~Menyembuhkan luka di urinary akibat batu karang.

ALFALFA COMPLEX ~Mengurangkan inflamasi & infeksi

OMEGA GUARD ~Membakar lemak berlebihan yang mendorong pembentukan batu karang.

LECITHIN ~Mengemulsi lemak dan minyak makanan yang dimakan dan menghalang daripada diserap oleh perut.

==================================================

Semoga entry kali ni dapat membantu rakan-rakan yang menderita penyakit batu karang itu. Setiap penyakit pasti ada penawarnya. Yang paling penting kita kena berusaha dan kemudian baru boleh tawakal kepada Allah.

Salam Sayang,
IbuCakna
UKM Bangi
[040955HJun2014]



01/06/2014

Senarai Harga Produk


NUTRISI ASAS

·         Vita-Lea Iron Formula = RM88.75 [120 biji]

·         Sustained Release Vita-C Plus = RM92.50 [180 biji]

·         Chewable Vita-C Plus = RM37.50 [90 biji]

·         Vita-E Complex = RM149.00 [120 biji]

·         B-Complex = RM53.75 [120 biji]

·         Zinc Complex = RM33.75 [120 biji]

·         Lecithin = RM52.50 [180 biji]

·         Alfalfa Complex = RM53.75 [330 biji] / RM97.50 [700]

·         ESP Soy Protein Isolate Powder = RM150.00 [850g]

·         Meal Shakes -French Vanilla = RM113.75 [544g]

·         CarotoMax = 74.00 [30 biji]


PENAWAR KHUSUS

·         Vivix = RM475.00 [150ml]

·         Collagen Powder = RM298.00 [15 sachets]

·         Advanced Joint Health Tablet = RM124.00 [60 biji]

·         OsteMatrix = RM61.00 [120 biji]

·         CoQHealth Plus = RM124.00 [30 biji]

·         Omega Guard = RM136.00 [90 biji]

·         Garlic Complex = RM47.50 [60 biji]

·         Herb-Lax = RM52.50 [120 biji]

·         Peppermint-Ginger Plus = RM45.00 [90 biji]

·         DTX Complex = RM155.00 [90 biji]

·         NutriFeron = RM181.25 [30 sachets]

·         GLA Complex = RM91.25 [60 biji]

·         Performance = RM82.50 [539g]
BERAT BADAN SIHAT
  • Cinch Shake Mix [Cafe Latte, Chocolate, Vanilla] = RM173.00
  • Cinch Energy Tea = RM131.00 [28 sticks]
KECANTIKAN SIHAT
NutriWhite Skin Care
  • Gentle Action Makeup Remover = RM95.00 [150ml]
  • Gentle Deep Foaming Cleanser = RM119.00 [150ml]
  • Soothing Radiance Whitening = RM138.00 [150ml]
  • Daily Defense Whitening Essence = RM231.00 [30ml]
  • Ultimate Protection Whitening Lotion = RM200.00 [50ml]
  • Spot Whitening Treatment = RM150.00 [10ml]
  • Overnight Renewal Whitening Cream = RM225.00 [48g]
Enfuselle Skin Care
  • Hydrating Cleansing Lotion = RM96.25 [177ml]
  • Hydrating Toner = RM78.75 [177ml]
  • Hydrating Moisturizer = RM97.50 [48g]
  • Purifying Cleansing Gel = RM88.75 [177ml]
  • Purifying Toner = RM78.75 [177ml]
  • Balancing Moisturizer = RM83.75 [59ml]
  • Eye Treatment = RM52.50 [14ml]
ProSante Hair Care
  • Nourishing Scalp Treatment = RM93.75 [59ml]
  • Revitalizing Shampoo = RM66.25 [296ml]
  • Purifying Shampoo = RM62.50 [237ml]
  • Replenishing Conditioner = RM67.50 [237ml]
  • Lightweight Conditioner = RM66.25 [296ml]
  • Long Lasting Finishing Spray = RM58.75 [237ml]
Daily Care
  • Herbal Blend Multi-Purpose Cream = RM27.50 [4oz]
KEDIAMAN SIHAT
  • Get Clean Water = RM460.00 [fullset]
  • Basic H2 Organic Super Cleaning Concentrate = RM46.00 [16oz]
  • Dish Wash Concentrate = RM28.00 [16oz]
  • Fresh Laundry Concentrate = RM80.00 [5.5lb]
  • Soft Fabric Concentrate = RM40.00 [32fl]

INGIN PENJIMATAN BERGANDA DENGAN SETIAP PEMBELIAN BARANGAN SHAKLEE?

DAFTAR AHLI SHAKLEE HANYA RM65 + RM 10 (untuk postage) DAN NIKMATI PENJIMATAN LEBIH 20% SETIAP KALI MEMBUAT PEMBELIAN BARANGAN SHAKLEE.

HUBUNGI :

SYAZWANI MAT YAZIT

011-14369086

Shaklee Independent Distributor
Copyright to Celoteh Ibu Cakna
Designed by UMIESUEstudio 2015