22/09/2014

KOLESTROL ~ Perlu ke dalam badan kita?

CABARAN ERA INI

Adakah anda salah seorang dari 6 juta warga Malaysia yang menghadapi masalah tinggi koleterol?
Dianggarkan bahawa satu daripada tiga orang dewasa di Malaysia mempunyai paras kolesterol yang tinggi. Kandungan kolestrol yang tinggi dalam darah menyumbang kepada masalah kesihatan yang serius dimana ia boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia, dan dalam jangkamasa panjang ini akan memberikan impak negatif terhadap kesihatan jantung dan fungsi kardiovaskular. Tetapi apa yang lebih membimbangkan kita sekarang dimana ramai individu yang masih tidak menyedari bahawa paras kolesterol mereka terlalu tinggi.

APA ITU KOLESTEROL?
Kolesterol merupakan bahan lemak yang terdapat dalam saluran darah dan kesemua sel-sel badan. Ia merupakan komponen tubuh yang penting untuk pembentukansel membran, hormon, hempedu dan tisu-tisu lain dalam tubuh.

DUA SUMBER UTAMA KOLESTEROL
Kolesterol dihasilkan secara semulajadi oleh hati anda tetapi juga boleh diperolehi dari makanan harian anda. Kolesterol yang anda makan akan meningkatkan paras kolesterol darah anda. Kandungan kolesterol darah yang terlalu tinggi akan meningkatkan risiko penyakit jantung dan angin ahmar.

Sumber :normalcholesterollevels.net

BAGAIMANA KOLESTEROL BOLEH MENYEBABKAN PENYAKIT JANTUNG?
Terdapat dua jenis kolesterol utama dalam darah anda:
  • LDL (Lipoprotein ketumpatan rendah)
  • HDL (Lipoprotein ketumpatan tinggi)
LDL dikenali sebagai kolesterol "jahat" kerana paras kolesterol LDL yang terlalu tinggi dalam darah boleh membentuk sejenis bahan melekit (plak) dalam saluran darah anda. Plak ini akan menyumbatkan saluran darah dan menyekat aliran darah seperti yang berlaku semasa serangan jantung atau angin ahmar.

Sebaliknya, kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol "baik" kerana ia membantu mengangkut kolesterol dari salur darah balik ke hati untuk disingkirkan. Dalam erti kata lain, HDL berperanan "membersihkan" saluran darah.

Oleh yang demikian, untuk melindungi diri daripada penyakit kardiovaskular, anda hendaklah mengekalkan paras kolesterol HDL yang tinggi dan paras kolesterol LDL yang rendah.

 
























APAKAH PENYEBAB UTAMA TINGGI KOLESTEROL?
Makanan di Malaysia yang tinggi lemak serta kalori adalah antara punca terjadinya masalah tinggi kolesterol. Persatuan Jantung Amerika mengesyorkan pengambilan kolesterol tidak melebihi 300mg sehari; bagi mereka yang menghidap penyakit jantung hendaklah menghadkan pengambilan kolesterol kurang daripada 200mg sehari.

Realiti pengambilan kolesterol oleh rakyat Malaysia




















Anda pasti tidak menyangka bahawa anda telah mengambil sebanyak 942mg kolesterol ! Itu adalah tiga kali ganda lebih daripada pengambilan harian yang disyorkan.

BERTINDAK HARI INI !!!

IKUTI PETUA INI UNTUK MERENDAHKAN PARAS KOLESTEROL DARAH ANDA SECARA SEMULAJADI

  • Amalkan pemakanan seimbang, rendah lemak tepu dan tinggi serat larut.
  • Lakukan senaman lebih kerap.
  • Turunkan berat badan.
  • Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika (NIH) mengesyorkan penambahan Fitosterol ke dalam diet harian anda bagi menurunkan paras kolestrol secara semulajadi.
ATASI MASALAH KOLESTEROL ANDA SECARA SEMULAJADI DENGAN FITOSTEROL

APA ITU FITOSTEROL?
Fitosterol (dirujuk sebagai sterol dan sterol tumbuhan) wujud secara semulajadi dalam kandungan yang sedikit dalam sumber makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, biji-bijian, legume, bijirin dan minyak sayuran. Lebih dari 80 kajian klinikal telah diterbitkan di dalam penerbitan saintifik melaporkan keberkesanan dan keselamatan fitosterol.

BAGAIMANA FITOSTEROL BERKESAN?
Struktur fitosterol adalah hampir sama seperti kolestrol dan dengan pengambilan fitosterol, ia akan bersaing dengan kolestrol untuk tapak penyerapan dalam sistem penghadaman. Hasilnya, penyerapan kolestrol dihalang dan ia akan disingkirkan keluar bersama-sama fitosterol. Ini bermaksud, apabila anda mengambil lebih banyak fitosterol maka semakin kurang kolestrol yang dapat diserap oleh tubuh dan semakin tinggi peluang untuk anda menurunkan paras kolestrol LDL.


















BERAPA BANYAK FITOSTEROL YANG ANDA PERLUKAN?
Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika (NIH) mengesyorkan pengambilan 2000mg Fitosterol dalam diet harian anda untuk membantu menurunkan paras kolestrol secara semulajadi.

sumber: www.shaklee.com.my (Atasi Masalah Kolesterol Anda Secara Semulajadi Dengan Fitosterol)

Phytocol-ST membekalkan 2,000mg FITOSTEROL sehari
Dapatkan Phytocol-ST daripada saya hari ini.

~smy~
Shaklee Independent Distributor
011-14369086 (Whatsapp)



No comments:

Copyright to Celoteh Ibu Cakna
Designed by UMIESUEstudio 2015