20/10/2015

NUTRIFERON : Penemuan terhebat dalam bidang Immunologi.

Penemuan terhebat dalam bidang Immunologi.

Interferon buat julung kalinya ditemui oleh Dr Yasuhiko Kojima dari University Tokyo pada tahun 1954.




Selepas membuat kajian selama 40 tahun dan semakan semula beribu-ribu jenis sebatian dan lebih 200 jenis herba yang berlainan, Dr Kojima telah berjaya membangunkan satu-satunya interferon semulajadi di dunia (Nutriferon). Beliau telah berjaya menetapkan bahawa ekstrak dari 4 tumbuhan ; biji labu , bunga Safflower , honeysuckle Jepun dan biji Plantago ; mempunyai daya kebolehan mendorong pengeluaran semulajadi interferon tubuh.

Formulanya yang digunakan adalah semulajadi, selamat, tulin dan berkesan. Penemuandan rekaannya telah diiktiraf sebagai penemuan terhebat dalam bidang immunologi.

Nutriferon adalah satu Formula Exclusive dan dipaten oleh Shaklee dan tidak dijual di kedai-kedai biasa. Hanya boleh didapati melalui Shaklee.

Dalam bidang perubatan, suntikan interferon banyak digunakan untuk merawat penyakit hepatitis, kanser, hidrophobia (penyakit anjing gila), herpes dan HIV dll. Tambahan pula, ia telah terbukti bahawa interferon amat berkesan untuk melindungi kita dari jangkitan influenza dan berbagai jenis penyakit.


RAMUAN UTAMA NUTRIFERON

1. Biji Labu 
- Merangsang pengeluaran interferon semulajadi didalam tubuh.
- Menentang radikal bebas dan faktor penyebab kanser.

2. Biji Plantago Asiatica
- Mengandungi polisakarida yang mengaktifkan sel-sel imun.

3. Honeysuckle Jepun
- Menentang pencerobohan viris dan kuman.

4. Bunga Safflower
- Menghasilkan dan memperkuatkan keupayaan makrofaj memusnahkan virus dan kuman.



MANFAAT UTAMA :

-Mengukuhkan Sistem imun dalam masa 3 hari-
ianya adalah satu-satunya interferon semulajadi di dunia. Kajian-kajian telah menunjukkan bahawa interferon mampu merangsang dan mempertingkat secara keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh berfungsi untuk membunuh :T-cells, B-cells dan makrofag.

-Melawan Kanser & Tumor-
Interferon semulajadi mengandungi polisakarida yang merangsang dan mengaktifkan immunoglobin melawan sel-sel tumor dan kanser. Selain dari itu, ia juga mampu mengurangkan ketidakselesaan pada waktu rawatan kimoterapi.

-Melindungi dari influenza-
Ia mengimbangi kepada respon alergi persekitaran dan pencemaran udara, melindungi dengan berkesan daripada virus, mikrob, termasuk selsema, flu, alergi, inflamasi dan influenza.

-Meringankan stres & Kelesuan-
Meringankan kemudaratan yang disebabkan oleh keresahan, stress, kelesuan dan gaya hidup yang sibuk.

-Melambatkan penuaan-
Formula unik Nutriferon merangsang pengeluaran makrofag untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman. Justeru, sel-sel badan akan menjadi lebih sihat.

-Mengurangkan infeksi oleh pesaki-pesakit Hepatitis B & C-
Keberkesanan Nutriferon dalam memerangi virus akan mengurangkan infeksi dan meminimumkan ketidakselesaan seperti kembung perut, rasa mual, muntah dll kepada pesakit-pesakit Hepatitis B & C.

-Mempertingkatkan menopaus-
hipertensi, tahap kolestrol yang tinggi, kitaran darah dan masalah lain berkaitan menopaus akan menjadi lebih baik.

-Mempertingkatkan PMS-
terbukti secara klinikal mengurangkan simptom yang terjadi akibat ketidakseimbangan sistem endokrin iaitu kekejangan waktu haid, sakit belakang, sakit payudara, masalah jerawat, kegelisahan, insomnia dan mood swing.


DARI MANA DATANGNYA VIRUS, KUMAN DAN MIKROB?

Kita sentiasa terdedah kepada kepada beribu jenis mikrob melalui pernafasan (hawa dingin, gas buangan, asap, virus di udara, habuk), berjabat tangan, sentuhan dengan objek (perabot, habuk hama pada selimut, pengankutan awam, peluh, air), makanan, latihan fizikal, persekitaran kerja dll.

BAGAIMANA MIKROB MENJEJASKAN KITA ?


Apabila banyak kuman dan mikrob menyerang kita pada sesuatu masaterutama sekali apabila tubuh kita kekurangan Interferon dan sel-sel imun, kita akan cepat keletihan, stresterganggu tidur atau dijangkiti selsema, batuk, alergi, asmaekzema, jerawat dll. Sel-sel yang teroksidasi dan tidak sihat, membentuk lebih banyak radikal bebas yang seterusnya mengakibatkan penyakit degeneratif, penyakit kronik, kanser dll.

18/10/2015

Kebun Buah Naga - Dragon Fruit

Sabtu , 17 Oktober 2015
Kuala Kubu Bharu.

Alkisah cerita sebenar, ada pakcik yang jaga kebun ni mesej bagitau buah naga ada hari ni, Saya pun booking la RM20. Hambik kau. Memang saya suka makan buah naga. Tambah pulak hasil dari kebun ni sedap sangat. Manis....

Nah, saya belanja beberapa gambar yang sempat diambil dari kebun tadi.


Teruja tengok buah naga yang dah ranum
Selpieee ler sepukul
Satu pokok ada beberapa biji buah.
Kebun ni ada lebih kurang 2000 pokok.

Alang-alang dah cerita pasal buah naga ni, saya nak kongsi beberapa fakta yang saya dapat dari website lain.

Khasiat buah naga

1. Melambatkan proses penuaan

2. Mencegah kanser

3. Meningkatkan imunisasi badan

4. Meningkatkan nafsu makan

5. Menurunkan kadar kolestrol

6. Memperkuatkan tulang dan gigi

7. Mencegah penyakit diebetes

8. Merawat kesihatan mata

9. Menjaga jantung agar kekal sihat

10. Merawat kesihatan kulit

Saya baru je tau rupanya buah naga ni atau nama saintifiknya Pitaya merupakan tumbuhan dari spesis kaktus.

Banyak juga manfaat buah ni rupanya. Selama ini main makan jer. Saya lebih suka makan buah naga merah berbanding putih,.

Okay la. cukup setakat ni dulu la kot entry kali ni.

see u later...

17/10/2015

GRADUASI SEMEKAP 2015

Sabtu, 17 Oktober 2015
Tempat : Auditorium Akademi Bomba dan Penyelamat, Kuala Kubu Bharu.

Entry kali ni, Wani nak cerita pasal majlis graduasi Tingkatan 5 yang telah diadakan di Auditorium Akademi Bomba dan Penyelamat, KKB. Tapi Wani cerita serba ringkas lah ye, almaklum masa yang ada sangat mencemburui.

Okay, pendek kan cerita, Wani ni guru kelas tingkatan 5 Prinsip Akaun. Jadi secara automatiknya Wani dan guru tingkatan 5 yang lain kena jadi AJK Pendaftaran, So, pagi-pagi kitaorang bukak la kaunter untuk pelajar dan ibu bapa daftar.
Dari kiri : Rita, Wani, Mahadir, K.Naili,dan K.Wawa

Haaa,...kat sini nak story la sikit. Dalam 30 pelajar kelas Wani yang hadir tu, cuma 7 orang sahaja yang ibubapanya hadir. Sebenarnya sebak juga dalam hati, majlis bukan selalu pun diadakan, tapi tak tau lah nak kata apa lagi...huhuhuhu

Pelajar tengah bersiap nak berarak masuk ke Dewan

Sebenarnya, ini kali ke-3 sekolah kami mengadakan Majlis Graduasi ni. Sekurang-kurangnya bagi peluang kepada pelajar yang tidak melanjutkan pelajaran ke IPTA @ IPTS untuk merasai suasana konvo.


Sebab Wani guru kelas, maka Wani ditempatkan di kerusi depan, sebaris dengan Pentadbir sekolah. jadi skema la gamaknya.

Perarakan masuk dif kehormat
Cokmar Sekolah diletakkan , tanda istiadat bermula

Tapi, skema tak skema sangat la, sempat juga curi-curi snap beberapa keping gambar...hahahaha

Ni pula gambar masa Rita membacakan nama pelajar Tingkatan 5 Sains Tulen. Wani pesan dah kat Mahadir suruh snap gambar Wani masa atas pentas. Tapi nampaknya, harapan tinggal harapan....uwaaaaa

Habis sidang pertama, ada persembahan selingan dari Adik Umar dari Tingkatan 1. Merdu sungguh alunan keyboard dari beliau....perghhhh Wani dah lama berangan nak pandai main piano tapi nampaknya masih tidak kesampaian. 

 Ini pula penerima anugerah khas. Ada 4 anugerah yang diberi. Dari kiri : Anugerah Emas, Anugerah Khas Kokurikulum, Anugerah khas Akademik (Sains Ikhtisas), Anugerah Khas (Sains Tulen).


Penyelaras Tingkatan 5

Ini pula guru pembantu Wani. Dia yang banyak bantu Wani untuk uruskan pelajar-pelajar Tingkatan 5 Prinsip Akaun.

Ini pula antara rakan-rakan guru yang sangat sporting,


Haaaa....cukup dulu la kot. Ini je gambar yang sempat Wani snap semasa majlis tadi, Nanti wani update tambah gambar. Banyak lagi gambar sebenarnya tapi dok dalam kamera orang lain,,,

sekian...

SELOKA ORANG BIJAKSANA

SELOKA ORANG BIJAKSANA
========================
Bergaul dengan orang kaya,
akan bertambah kecintaan kepada harta.
Bergaul dengan orang miskin,
akan bertambah sifat redha.
Bergaul dengan para penguasa,
akan bertambah sifat takbur.
Bergaul dengan wanita (bukan mahram),
akan bertambah syahwat.
Bergaul dengan budak-budak,
akan cinta kepada permainan.
Bergaul dengan orang fasik,
bertambah keberanian berbuat maksiat dan melambatkan taubat.
Bergaul dengan orang soleh,
bertambah keseronokan untuk beramal.
Bergaul dengan ulama,
bertambah ilmu dan semangat untuk mengamalkan agama.

16/10/2015

9 Kesilapan berdiet yang kerap dilakukan

9 Kesilapan berdiet yang kerap dilakukan
==============================

1. Tidak merancang hidangan

2. Terlebih atau tidak cukup protein

3. Berdiet seorang diri

4. Senaman adalah pelengkap untuk diet yang sihat

5. Memilih koktel berbanding makan malam

6. Mengamalkan cheat day

7. Tiada pemantauan

8. Memilih diet food

9. Menolak makanan kegemaran seperti coklat, aiskrim, kentang goreng atau wain.

15/10/2015

5 Petanda Anda Perlu Lebih Protein



=============================
5 Petanda Anda Perlu Lebih Protein
=============================

1. Timbul keinginan mengunyah makanan manis.

2. Sukar memberi tumpuan.

3. Berdepan masalah keguguran rambut.

4. Berasa lemah hingga tidak berdaya bersenam.

5. Kerap jatuh sakit.

#kttshaklee
#ibucakna
#kioskshaklee


Pernah ke rakan-rakan wani yang mengalami petanda-petanda seperti di atas tu? Kalau ada la, wani nak sangat suggest untuk anda mengambil ESP Shaklee. ESP ni sumber protein yang berkualiti tinggi diperbuat daripada protein soya.

Kalau berminat terus jela contact wani okay.

FAKTA : Omega Guard Yang Perlu Anda Tahu

OMEGA GUARD
==========

Perbezaan Shaklee:

Minyak ikan terbaik di dunia.

Shaklee Omega Guard diekstrak dari ikan laut air sejuk (sardin, mackerel, herring, anchovies) di perairan negara Jepun. Ia bukan dari hati minyak ikan. Omega Guard adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan. Berbanding dengan produk omega dipasaran, Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. Satu sajian Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid-lemak omega-3 EPA dan HDA.

Proses penyulingan tiga molekul menyingkirkan bahan berbahaya

Kebanyakan pengusaha-pengusaha kilang menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi untuk mengekstrak minyak ikan, akan tetapi kaedah ini bukan hanya akan memusnahkan sesetengah nutrien, malah tidak boleh menapis kandungan logam yang membahayakan kesihatan. Shaklee menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini untuk menghasilkan Omega Guard. Ia dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul untuk mengekstrak asid lemak omega-3 yang paling tulen dan paling semulajadi sementara menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin dan PCB(polychlorinated biphenyl-merupakan bahan kimia industri yang sangat toksik).


MANFAAT UTAMA :


Asid lemak
Omega-3 merupakan asid lemak yang penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan kita. Oleh itu, kita perlu mengambilnya dari makanan. Omega-3 dari asas tumbuhan tidak boleh ditukarkan kepada EPA dan DHA secara berkesan oleh badan. Omega-3 membantu rembesan prostaglandin dengan lebih berkesan untuk menghalang prostetomegaly dan membuang air kecil yang timbul daripada punca andropos. Ia juga boleh mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS, bagi kulit licin dan kemerah-merahan.

Mencegah penyakit saluran darah dan strok
DHA dan EPA boleh menentang thrombosis, tekanan darah tinggi yang lebih rendah dan kepekatan darah, melicinkan saluran darah, dan peredaran darah yang lancar. Oleh sebab itu, ia efektif untuk membantu mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan dileher atau sakit kepala. Ia juga merendahkan kolestrol, menghindar pembekuan darah di dalam badan, membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL, mengawal masalah obesiti, mencegah arteriosclerosis, myocardial infarction, membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.

Membantu tumbesaran & Perkembangan otak janin dan membantu perkembangan memori
DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina. Ia penting terutamanya pada 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa di dalam kandungan. Susu ibu mengandungi kandungan DHA yang tinggi. DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran,
mencegah penyakit Alzheimer, memelihara penglihatan dan pendengaran dan mencegah migraine. Satu hidangan OmegaGuard dapat membekalkan 905mg asid lemak Omega-3 EPA dan DHA.


Meningkatkan sistem imunisasi dan menyihatkan paru-paru.
Omega-3 membantu mengawal sistem imun seperti memperbaiki alahan kulit, psoriasis, demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus) dan penyakit buah pinggang.

Menentang Kanser
Kajian telah menunjukkan bahawa Omega-3 boleh mencegah kanser paru-paru, payudara, prostat dan kolon. Ia juga boleh meningkatkan enterogastritis, merangsang kesihatan hati selepas pembedahan dan membantu pankreas pesakit kanser untuk berfungsi dengan lebih efektif.

Memelihara fungsi-fungsi sendi (arthritis)
Paras asid lemak omega-3 larut dalam tisu rawan. Oleh sebab itu, ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan. Ia mencegah arthritis, memelihara fungsi-fungsi sendi dan gout dengan efektif.

Mencegah insomnia dan membantu mengurangkan tekanan
Kajian telah membuktikan bahawa EPA dan DHA mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan kesihatan mental, termasuk kemurungan, tekanan, kebimbangan (anxiety), neurasthenia, insomnia, autism, kanak-kanak hiperaktif dan penyakit schizophrenia.
-----------------------------------------------------------------------------------

American Public Health Association mengesyorkan makan ikan laut dalam sekurang-kurangnya saiz kad permainan sebanyak dua kali seminggu yang mengandungi paras asid lemak omega-3. Ia membantu mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 44%.

KENAPA IKAN LAUT DALAM?

Pada tahun 1970, seorang saintis Amerika, Pemenang Nobel Prize telah menemui satu rahsia: Penduduk Eskimo yang hidup dalam persekitaran yang berbeza mempunyai tahap kesihatan yang berbeza.

Orang Eskimo yang hidup di Greenland, Denmark yang bekerja sebagai nelayan tidak menghidapi masalah jantung, lelah, tekanan darah tinggi dan kencing manis. Manakala kaum Eskimo yang menetap di Amerika Utara yang bekerja sebagai pemburu, dan makanan utama mereka ialah daging yang mengandungi banyak kolestrol, menghidapi banyak masalah kesihatan berkaitan dengan jantung.


Penyelidikan lanjut mengenai ikan air laut sejuk menunjukkan : ikan dari air laut mengandungi asid lemak tidak tepu yang sangat tinggi iaitu EPA dan DHA yang boleh merendahkan lemak.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Untuk mendapatkan produk ini, anda boleh terus berhubung dengan saya :

#ibucakna
011-14369086
Shaklee independent Distributor
Since 2013

14/10/2015

3 Fakta Tentang Kelebihan Minyak Ikan


Omega 3 banyak terkandung dalam ikan Salmon
Korang tau tak ?

Tiga fakta terbaru mengenai kelebihan minyak ikan adalah seperti berikut :

1. Meningkatkan kemampuan anak membaca.


2. Menyihatkan gigi dan gusi.

3. Mengurangkan keinginan makan junk food dengan merendahkan kemampuan karbohidrat (gula) dan lemak tepu dengan menghalang kawalan otak terhadap keinginan untuk makan.

Jadi apa tunggu lagi,
sementara promosi Omega Guard bulan ini, apa kata kita miliki setiap orang sebotol.
dapatkan 2 botol pada potongan 5%.

07/10/2015

Kisah Ngeri Bisnes MLM

Kisah Ngeri Bisnes MLM
===============


Komen tersebut saya perolehi daripada FB sebuah kompeni MLM. Saya tidak menyalalahkan saudara tersebut untuk berfikiran sedemikian memandangkan pada suatu masa dahulu saya juga mempunyai pendapat yang sama seperti itu. Saya mengenali MLM sewaktu saya belajar di UPSI pada tahun ketiga pengajian. Dek kerana terpukau melihat gambaran hasil yang bakal diperolehi, saya bersetuju untuk menyertai syarikat tersebut. Seriusly, saya sangat mentah pada ketika itu dan tidak mengetahui yang saya sudah terlibat dengan MLM. Bahkan jangan tergelak pula kalau saya bagitau yang saya langsung tidak mengetahui apa maksud MLM.

Menelusuri semula kisah saya, saya menyertai MLM tersebut setelah teruja melihat income yang diperolehi oleh upline-upline saya. Bahkan, rakan saya yang memperkenalkan bisnes tersebut menunjukkan hasil yang dia dapat daripada bisnes tersebut.

Bayangkan, pelajar U yang memang tersangkut duit. Nampak kawan tayang kereta, tayang duit, mulalah rasa teruja tak bertempat kan. Seingat saya, bisnes tersebut menawarkan 3 pakej untuk disertai. Pada masa itu, saya Cuma fikirkan nak duit cepat je, jadi saya ambil pakej tengah-tengah. Iyer  lah, pakej kecik hasil pun ciput. Nak hasil besar, modal tak ada. Tak silap saya, harga pakej tersebut lebih kurang RM1750 dan saya mendapat beberapa produk syarikat. Ada juga rakan saya yang membuat loan. Jujurnya, saya juga nyaris membuat hutang dengan TEKUN, tapi nasib baik tak jadi. Syukur.

Setelah berdaftar jadi ahli, saya mula menyertai meeting, BOM dan lain-lain perjumpaan yang diadakan oleh upline. Dari Tanjung Malim ke Batang Kali yang mengambil masa lebih setengah jam. Upline saya akan mengangkut kumpulan kami hampir 3 kali seminggu. Penat juga sebenarnya sementelah waktu siang dihabiskan untuk ke kuliah.

Setelah beberapa ketika berada dalam bisnes itu, baru saya tahu konsep marketing. Rupanya saya hanya dapat komisen sekiranya saya berjaya menaja downline. Lagi besar pakej yang saya masuk, lagi banyak bonus penajaan yang akan dibayar kepada saya. Ada juga bonus pairing.  Seriusly, pada mulanya saya sangat teruja mempromosikan bisnes tersebut dengan niat ingin menolong kawan mendapat income sampingan. 

Tetapi selepas itu barulah terdetik dalam hati saya, “Bagaimana kalau orang bawah aku tak dapat cari orang? Nanti dia tak dapat bonus” . Pada masa itu barulah saya rasa bersalah. Ketika itu saya berjaya mendapat 4 orang downline yang saya perlu susun mengikut level. Dah dapat 4 orang downlines tu, dapat lah semula modal yang saya laburkan. 

Tapi tak semua duit saya dapat sebab segala point masuk ke dalam sistem online. Saya perlu jual @ tukar point tadi kepada upline. Kebetulan upline saya perlu point tersebut untuk menaja orang bawah nya lagi. Saya jualkan point saya kepada dia tapi sampai ke sudah dia tak membayar point yang telah diambil dari saya.

Setelah sebulan, upline saya senyap. Saya pun memang dah jadi tak berminat kerana saya tidak mendapat hasil yang sepatutnya. Duit cash saya tak dapat sebaliknya hanya angka yang berada dalam sistem yang saya tidak boleh tukarkan kepada duit sesuka hati. Terkena pula upline-upline yang di atas lagi mula telefon saya dan menyuruh saya bergerak mencari downline baru kononnya kesian kepada downline bawah saya yang tidak dapat mencari downline. Saya mula terfikir, sampai bila kerja nak cari orang ni?

Selepas itu, perkataan MLM seumpama menjadi mimpi seram buat saya. Tobat dah la, pasni saya taknak dah join mana-mana MLM. Saya menjadi prejudis dengan bisnes MLM. Say NO to MLM.

Kemudian, saya mula mengenali produk jenama Shaklee. Tak silap saya, bulan Mei 2013, saya mengambil Herblax dan Omega Guard. Saya ni memang mengamalkan supplemen sejak dari zaman belajar. Biasanya saya mengambil Bcomplex. Iyer la, makan minum tak menentu. Itu yang perlu sangat saya mengambil supplemen.

Bulan Ogos 2013, promosi ESP tak silap saya. Saya mula mencuba ESP dan hasilnya saya amat teruja kerana kurang berasa letih walau seharian menggunakan tenaga. Paling buat saya jatuh cinta sebab berat badan saya mula menurun dan bentuk badan mula pejal. Wah, kawan-kawan saya mula meng’order’ dengan saya padahal masa itu saya belum berdaftar menjadi ahli.

Ceritanya, saya mula merisik-risik kawan saya bagaimana untuk mendaftar menjadi ahli Shaklee. Kawan saya memberitahu ada 2 cara untuk mendaftar sama ada membayar RM65 atau membuat belian barang sebanyak 200uv. Dulu saya bayar RM65, saya Cuma mendapat staterkit Shaklee. Untuk bulan Oktober ni, siapa yang mendaftar ahli Shaklee, dapat FREE lagi Vitalea yang berharga RM89. Siapa tak jeles wehhhhh...

Sambung lagi cerita pasal Shaklee,

Bulan pertama saya join, saya mendapat bonus RM 200++. Saya dah lupa dah berapa jumlah tepatnya. Jadi kiranya, modal saya RM65 untuk daftar ahli dah berbalas la ye. Alhamdulillah. Pada masa itu, saya tiada seorang pun downlines.

Kemudian, ada kawan yang menghubungi untuk mendaftar sebagai ahli. Mak aihhh, ingat lagi masa tu, saya mesej kawan saya bagitahu betapa saya berdebar. Iyer laa, tanggungjawab nanti banyak. Mama Shaklee saya bagitahu dah boleh sangat saya ada ahli bawah saya. Okay la, saya bersetuju mendaftarkan sahabat tersebut.

PERINGATAN : Saya tidak diberi komisen satu sen pun apabila mendaftarkan ahli di bawah naungan saya.

Kemudian, kebetulan ada satu sesi Magic Aura diadakan di Ipoh bawah kendalian Master dalam group Jutawan. Saya pun pergi la juga ke sana. Di sana saya mendengar perkongsian daripada master-master (biasanya income bulanan master melebihi RM30k). Wahhh, tapi yang menariknya, tiada seorangpun antara mereka yang menayangkan gambar kereta, gambar rumah dan apa-apa benda yang menampakkan kemewahan hidup. Cuma perkongsian cara mereka melakukan bisnes. Paling banyak ditekankan adalah hubungan dengan Pencipta.

Tiba-tiba, ada seorang Master (saya dah lupa siapa), beritahu Shaklee adalah MLM. Tersentak saya.

 Saya berbisik dengan Mama Shaklee saya,

“Kak, betul ke Shaklee ni MLM?”

“Iyer Wani, betul tu. Tapi jangan risau, Shaklee ni adalah MLM Patuh Syariah”

Mana tak terkejutnya saya, sebab selama ini dalam kepala saya MLM ni mesti taja orang. Pastu, income dapat dari hasil taja orang. Dalam Shaklee, saya tidak dibayar untuk menaja orang. Sebaliknya, bonus saya dibayar hasil daripada jualan produk. Kemudian, jelas pula pengiraan bonus kepada ahli (saya kan Cikgu Matematik-Bab kira-kira jangan tipu saya). Saya pula tidak pernah dipaksa untuk mencari orang bawah, bahkan upline saya tidak pernah memaksa untuk membuat jualan.

Biasanya upline saya Cuma tanya,:

“Wani, bulan ni nak side income berapa RM?”

Kalau saya kata saya nak RM500, upline saya akan bantu saya tunjukkan cara untuk mendapatkan bonus RM500. Alhamdulillah, dengan bonus tersebut saya dapat juga melunaskan belanja-belanja dapur.

Dah masuk 2 tahun saya terlibat dengan Shaklee. Daripada mama, nenek, moyang, supermoyang, grandsupermoyang (kitaorang memang suka guna istilah gini), saya ikut sahaja kelas yang mereka anjurkan untuk menambah ilmu. Terkadang bukan kelas bisnes semata, tapi banyak perkaitan dengan hidup sehari-hari. Kelas pun biasanya free, kalau bayar pun untuk yuran komitmen semata-mata (tu pun tak lebih RM50- Biasanya saya bayar RM10 jer).

Kalau dulu saya sangat anti bunyi perkataan MLM, tapi dengan Shaklee, persepsi saya berubah sama sekali. Malah, pengasas Jutawan (sekarang jadi Duta rasmi WERDA – Warga Prihatin), beritahu yang SN pun terkejut apabila diterangkan berkenaan dengan marketing plan Shaklee. Beliau pun ingat upline Shaklee ambil keuntungan daripada ahli yang berdaftar dibawahnya.

Sekarang, saya sudah jatuh cinta dengan Shaklee. Sayang sangat nak tinggalkan bisnes ini. Bagus join MLM ni sebab kita tidak perlukan modal yang tinggi, tidak perlu simpan stok barang dan tiada risiko kerugian. Sesuai sangat untuk yang baru ingin bertatih dalam bisnes.

Buat rakan-rakan yang ingin menceburi bisnes MLM, saya nasihatkan kaji dahulu marketing plan syarikat tersebut. Bagi yang beragama Islam, pastikan ianya Patuh Syariah (Boleh google jer dekat website JAKIM).

Wah, rasa berjela pulak entry kali ni. Tapi itulah, rasa bertanggungjawab pula untuk menerangkan kepada orang ramai berkenaan bisnes MLM ini. Boleh ubah persesi negatif masyarakat mengenai bisnes MLM. MLM bukan hanya skim piramid malah seni MLM ini pelbagai.

Kalau rasa nak daftar Shaklee, bulan ini Shaklee masih menawarkan Vitalea secara PERCUMA untuk ahli yang baru berdaftar.

Saya ulang : Setakat bulan ini sahaja ! (Oktober 2015)

Daftar ahli RM69 (RM10.60 untuk postage)


Dapat Free Multivitamin berharga RM 88.75


06/10/2015

11 Nasihat Kepada Orang Ramai Ketika Jerebu

Untuk entry kali ini, ibucakna ingin berkongsi berkenaan dengan jerebu memandangkan pada tahun ini sahaja sekolah ditutup 4 hari akibat jerebu. Pasti ada sebab yang relevan kenapa sekolah perlu ditutup kepada murid dalam tempoh jerebu ini.



Apakah Jerebu?
Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.

Indeks Pencemaran Udara (IPU)
IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut :-

NILAI IPUSTATUS
0 - 50Baik
51 - 100Sederhana
101 - 200Tidak Sihat
201 - 300Sangat Tidak Sihat
301 - 500Berbahaya

Apakah Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan
Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:
  • Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
  • Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
  • Mata terasa pedih dan berair.
  • Hidung berair dan kerap bersin.
  • Kulit badan terasa gatal-gatal.
  • Terasa sakit dada.
Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.

CEGAHLAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU. IKUTI NASIHAT BERIKUT:-
  • Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.

  • mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.

  • Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi.

  • Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit jangan merokok di dalam rumah.

  • Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
  • Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah

  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.

  • Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya.

  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.

  • Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat ( iaitu IPU yang melebihi 100 )

  • Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.


Jerebu mengandungi bahan kimia asing halus yang terbakar. Bahan ini amat mengancam keseimbangan oksigen didalam sel melalui sistem pernafasan yang terancam.

Jangan lupa minum air kelapa dan limau nipis sahaja ketika bencana.

Air kelapa mengandungi oksigen larut mudah menembusi sel. Limau nipis adalah vitamin C asli yang dapat menyerap asid sebelum sempat bertukar menjadi gas yang lebih merbahaya.

Oleh Prof.Dr Norhisham Wahab.
Www.profnorhisham.blogspot.

Vitamin C penting untuk tingkatkan imunisasi

------------------------------------------------------------------------
Memang ibucakna akui keadaan jerebu pada tahun ini agak teruk berbanding tahun-tahun sebelum ini. Lihat sahaja pemandangan Kompleks Darul Quran yang sempat dirakamkan oleh lensa ibu.




Untuk itu, ibu nasihatkan agar anda semua menjaga kesihatan diri semasa jerebu. Kalau anda ingin mendapatkan supplemen, boleh hubungi ibucakna dengan segera.

Supplemen yang ibucakna cadangkan untuk diambil semasa musim jerebu ini adalah Nutriferon , SR Vita C dan Vivix.



Copyright to Celoteh Ibu Cakna
Designed by UMIESUEstudio 2015