Sabtu , 17 Oktober 2015
Kuala Kubu Bharu.
Alkisah cerita sebenar, ada pakcik yang jaga kebun ni mesej bagitau buah naga ada hari ni, Saya pun booking la RM20. Hambik kau. Memang saya suka makan buah naga. Tambah pulak hasil dari kebun ni sedap sangat. Manis....
Nah, saya belanja beberapa gambar yang sempat diambil dari kebun tadi.
Teruja tengok buah naga yang dah ranum |
Selpieee ler sepukul |
Satu pokok ada beberapa biji buah. |
Kebun ni ada lebih kurang 2000 pokok. |
Alang-alang dah cerita pasal buah naga ni, saya nak kongsi beberapa fakta yang saya dapat dari website lain.
Khasiat buah naga
1. Melambatkan proses penuaan
2. Mencegah kanser
3. Meningkatkan imunisasi badan
4. Meningkatkan nafsu makan
5. Menurunkan kadar kolestrol
6. Memperkuatkan tulang dan gigi
7. Mencegah penyakit diebetes
8. Merawat kesihatan mata
9. Menjaga jantung agar kekal sihat
10. Merawat kesihatan kulit
Saya baru je tau rupanya buah naga ni atau nama saintifiknya Pitaya merupakan tumbuhan dari spesis kaktus.
Banyak juga manfaat buah ni rupanya. Selama ini main makan jer. Saya lebih suka makan buah naga merah berbanding putih,.
Okay la. cukup setakat ni dulu la kot entry kali ni.
see u later...
No comments:
Post a Comment