05/10/2015

KAJIAN KLINIKAL VIVIX

KAJIAN KLINIKAL
===========
Saya adalah seorang yang agak memilih dari segi aspek kesihatan. Saya bukan lah seorang yang sukar makan ubatan hospital tetapi jika saya masih ada alternatif lain, saya pasti mengelak untuk mengambil ubat-ubatan.

Dahulu, saya kerap terkena MIGRAIN. Dalam seminggu ada lah juga 2-3 kali kepala terasa nak pecah. Biasanya, saya akan mandi, basahkan rambut, kemudian tidur ditempat gelap. Andai kata saya terpaksa hadiri tugas, saya akan menelan Pain Killer.

Hanya setelah saya berkenalan dengan Shaklee, saya mula mengambil BComplex dan Ostematrix. Syukur Alhamdulillah, migrain saya sudah jarang menyinggah.

Ada pula kawan yang berkata :
"Habis , yang kau makan Shaklee tu, bukan ubat ke?"

Sayang-sayang semua, perlu bezakan antara ubat dan Vitamin. Nanti saya akan kongsikan semula pada entry yang lain ye. Secara ringkasnya, Ubat bertujuan menyembuhkan penyakit dan ianya bahan terasing dalam badan. Vitamin pula bertujuan untuk menampung keperluan nutrisi yang tidak mencukupi daripada makanan yang kita makan.

Salah satu faktor kenapa saya begitu percaya dengan produk Shaklee adalah kerana kajian Klinikal yang dijalankan selama bertahun-tahun. Bahkan terdapat beratus-ratus manuskrip yang diterbitkan untuk menyokong kajian klinikal.

Manuskrip kajian yang dibuat ke atas Vivix (Vivix mengandungi Resveratrol dan polyphenol)

Memang terbaik Jaminan Shaklee :
Sentiasa Selamat , Sentiasa Berkesan dan Sentiasa Mesra Alam.


No comments:

Copyright to Celoteh Ibu Cakna
Designed by UMIESUEstudio 2015