06/10/2015

Kisah Disleksia - Catatan Seorang Ibu Hebat

Cerita ini saya perolehi daripada perkongsian sahabat saya yang mempunyai anak disleksia. 

=====================================
Anak Tak Boleh Membaca Petanda Dyslexia?
=====================================
Apa itu Dyslexia?
.
Dyslexia berasal dari perkataan Yunani iaitu "DYN" bermakna susah, dan "LEXIA" bermakna tulisan. Dyslexia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.
.
.

Ramai ibu bapa yang tidak tahu tentang Dyslexia dan ramai juga guru-guru yang tak mampu mengesan bahawa anak murid mereka merupakan penghidap Dyslexia. Hal ini kerana, menurut President Dyslexia Malaysia, Puan Sariah Amirin di Malaysia Dyslexia kurang diberi penekanan dan perhatian seperti down syndrom, autism dan sebagainya.
.
.
Berbeza di Luar Negara, Dyslexia ini sangat-sangat di ambil peduli oleh mereka. Hal ini kerana, anak-anak yang menghidap Dyslexia ini jauh lebih bijak sebenarnya dari kanak-kanak normal. Cuma mereka mempunyai teknik dan corak belajar yang tersendiri di mana ibu bapa dan guru perlu bijak mengendalikan mereka.


Anak kedua saya, Aisy Fayyadh Aqeel dianugerahkan dengan Dyslexia. Jika dari aspek akademik jika dilihat perkembangan Amsyar dan Fayyadh ianya terlalu berbeza. Namun jika diteliti dari sudut pandang yang berbeza. Ternyata Fayyadh jauh lebih kreatif.
.
.
Cuma masalahnya dia mempunyai kesukaran untuk membaca. Secara peribadi saya kesan ada yang tak kena pada Fayyadh sejak usianya 4 tahun, pernah bawa berjumpa pakar kanak-kanak namun doktor kata dia tiada maslah.
Bila mula masuk ke sekolah, perkembangan dari aspek membaca dan menulis agak tidak memenuhi piawaian saya. Saya suarakan pada guru kelasnya. Namun kata guru, normal bagi anak seusia Fayyadh begitu.
.
Saya cuba pujuk hati, bila usianya menjangkau 6 tahun. Sekali lagi Naluri Ibu saya rasakan bagai ada yang tak kena. Saya kaji dan baca tentang Dyslexia. Akhirnya saya bertemu jawapan.
.
.
Untuk menyakinkan lagi bahwa ramalan saya tepat, saya mengajak suami ke Dyslexia Centre di Ampang untuk membuat pemeriksaan. Alhamdulillah, apa yang saya cari akhirnya terjawab. Melalui ujian mengesahkan Fayyadh salah seorang Mild Dyslexia.
.
.
Saya terus membuat keputusan untuk pindahkan Fayyadh ke sekolah yang sesuai dengan beliau. Kos memang agak tinggi. Tapi duit boleh dicari, masa depan mereka tidak boleh dijual beli.


Hampir 6 bulan Fayyadh belajar dengan teknik yang sepatutnya untuk dia pandai membaca dan menulis di Dyslexia Centre Johor. Banyak perubahan yang saya lihat pada Fayyadh.
.
Perkembangannya juga agak cepat. Alhamdulilah Fayyadh sudah mula boleh mengenal huruf dan membaca suku kata. Tapi Fayyadh punya kelebihan tersendiri yang diakui sendiri oleh gurunya. Dia sangat cepat dalam Matematik. Perkembangan yang membanggakan.
.
Apa saya beri kepada Fayyadh?
.
Tentunya saya pilih dan berikan hanya yang terbaik. Saya berikan Fayyadh Lecitin yang terdiri dari Kolina yang berfungsi sebagai komponen asetilkolina neurotransmiter yang terlibat dalam penghantaran mesej ke otak dan sistem saraf.
.
Acethylcholine pula merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. 30% otak adalah terdiri daripada lecitin, manakala 70% lemak di hati adalah lecitin.
.
Saya juga berikan Omega Guard Shaklee yang merupakan makanan tambahan mengandungi minyak ikan. Satu hidangan OmegaGuard menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.
Dalam bahasa yang mudah pengambilan Omega Guard dapat membantu Fayyadh untuk meningkatkan lagi kecerdasan otak, mudah mengingati dan lebih fokus..


Makanan tambahan yang diberi oleh Puan Zura kepada
anakanda beliau yang disleksia


Buat ibu-ibu yang mempunyai anak yang sama seperti Fayyadh, jangan rasa sedih. Ketahuilah bahawa mereka ini merupakan anak-anak bijak. Dyslexia adalah anugerah kerana dyslexia mampu melihat apa yang anak-anak normal tidak mampu bayangkan.
.
.
Benar. Ianya terbukti. Beri apa sahaja pada Fayyadh. pasti diubah menjadi sesuatu yang menakjubkan. Sangat kreatif dan mempunyai idea diluar batas kanak-kanak normal berfikir.
.
Ianya juga terbukti bilamana ramai insan-insan hebat di dunia ini adalah dikalangan Dyslexia. Antaranya ialah Elbert Einstein, Steve Job, Jay Leno, Alexander Graham Bell, Thomas Edison, Walter Elias Disney dan ramai lagi.
.
.
Ibu bapa harus peka terhadap perkembangan anak-anak. Mereka insan luar biasa bijak. Tapi cara didikan kita yang menetukan masa depan mereka. Jangan diambil enteng dan terus labelkan si anak bodoh. Sedangkan hakikat kita yang bodoh dan ego tak mahu memahami. Berikan yang terbaik untuk mereka dan masa depan mereka.

cc : Puan Norhalimatul Nazurah ( www.naluriibu.com )
-----------------------------------------------------------------------------------

Ibu-ibu dan bapa-bapa sekalian, jangan sesekali memandang rendah tahap kemampuan anak kita. Sesungguhnya anak-anak itu punya potensi masing-masing. Kita yang harus mencorakkan gaya hidup anak kita. Inshaa Allah anak kita akan berjaya didunia dan akhirat.

Jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee, boleh hubungi saya :



1 comment:

Unknown said...

Langkah yg baik.. Amat buruk kesan nya jika anak dyslexia terus kelas dua kan dlm keluarga sendiri.. Sangat pahit.. Terima kasih sbb da selamat 1 hati.. 😗😗😗

Copyright to Celoteh Ibu Cakna
Designed by UMIESUEstudio 2015