Kisah Ngeri Bisnes MLM
===============
Komen
tersebut saya perolehi daripada FB sebuah kompeni MLM. Saya tidak menyalalahkan
saudara tersebut untuk berfikiran sedemikian memandangkan pada suatu masa
dahulu saya juga mempunyai pendapat yang sama seperti itu. Saya mengenali MLM
sewaktu saya belajar di UPSI pada tahun ketiga pengajian. Dek kerana terpukau
melihat gambaran hasil yang bakal diperolehi, saya bersetuju untuk menyertai
syarikat tersebut. Seriusly, saya sangat mentah pada ketika itu dan tidak
mengetahui yang saya sudah terlibat dengan MLM. Bahkan jangan tergelak pula
kalau saya bagitau yang saya langsung tidak mengetahui apa maksud MLM.
Menelusuri
semula kisah saya, saya menyertai MLM tersebut setelah teruja melihat income
yang diperolehi oleh upline-upline saya. Bahkan, rakan saya yang memperkenalkan
bisnes tersebut menunjukkan hasil yang dia dapat daripada bisnes tersebut.
Bayangkan,
pelajar U yang memang tersangkut duit. Nampak kawan tayang kereta, tayang duit,
mulalah rasa teruja tak bertempat kan. Seingat saya, bisnes tersebut menawarkan
3 pakej untuk disertai. Pada masa itu, saya Cuma fikirkan nak duit cepat je,
jadi saya ambil pakej tengah-tengah. Iyer lah, pakej kecik hasil pun ciput. Nak hasil
besar, modal tak ada. Tak silap saya, harga pakej tersebut lebih kurang RM1750
dan saya mendapat beberapa produk syarikat. Ada juga rakan saya yang membuat
loan. Jujurnya, saya juga nyaris membuat hutang dengan TEKUN, tapi nasib baik
tak jadi. Syukur.
Setelah
berdaftar jadi ahli, saya mula menyertai meeting, BOM dan lain-lain perjumpaan
yang diadakan oleh upline. Dari Tanjung Malim ke Batang Kali yang mengambil
masa lebih setengah jam. Upline saya akan mengangkut kumpulan kami hampir 3
kali seminggu. Penat juga sebenarnya sementelah waktu siang dihabiskan untuk ke
kuliah.
Setelah
beberapa ketika berada dalam bisnes itu, baru saya tahu konsep marketing.
Rupanya saya hanya dapat komisen sekiranya saya berjaya menaja downline. Lagi besar
pakej yang saya masuk, lagi banyak bonus penajaan yang akan dibayar kepada
saya. Ada juga bonus pairing. Seriusly,
pada mulanya saya sangat teruja mempromosikan bisnes tersebut dengan niat ingin
menolong kawan mendapat income sampingan.
Tetapi selepas itu barulah terdetik
dalam hati saya, “Bagaimana kalau orang bawah aku tak dapat cari orang? Nanti
dia tak dapat bonus” . Pada masa itu barulah saya rasa bersalah. Ketika itu
saya berjaya mendapat 4 orang downline yang saya perlu susun mengikut level. Dah
dapat 4 orang downlines tu, dapat lah semula modal yang saya laburkan.
Tapi tak
semua duit saya dapat sebab segala point masuk ke dalam sistem online. Saya
perlu jual @ tukar point tadi kepada upline. Kebetulan upline saya perlu point
tersebut untuk menaja orang bawah nya lagi. Saya jualkan point saya kepada dia
tapi sampai ke sudah dia tak membayar point yang telah diambil dari saya.
Setelah
sebulan, upline saya senyap. Saya pun memang dah jadi tak berminat kerana saya
tidak mendapat hasil yang sepatutnya. Duit cash saya tak dapat sebaliknya hanya
angka yang berada dalam sistem yang saya tidak boleh tukarkan kepada duit
sesuka hati. Terkena pula upline-upline yang di atas lagi mula telefon saya dan
menyuruh saya bergerak mencari downline baru kononnya kesian kepada downline
bawah saya yang tidak dapat mencari downline. Saya mula terfikir, sampai bila
kerja nak cari orang ni?
Selepas
itu, perkataan MLM seumpama menjadi mimpi seram buat saya. Tobat dah la, pasni
saya taknak dah join mana-mana MLM. Saya menjadi prejudis dengan bisnes MLM.
Say NO to MLM.
Kemudian,
saya mula mengenali produk jenama Shaklee. Tak silap saya, bulan Mei 2013, saya
mengambil Herblax dan Omega Guard. Saya ni memang mengamalkan supplemen sejak
dari zaman belajar. Biasanya saya mengambil Bcomplex. Iyer la, makan minum tak
menentu. Itu yang perlu sangat saya mengambil supplemen.
Bulan
Ogos 2013, promosi ESP tak silap saya. Saya mula mencuba ESP dan hasilnya saya
amat teruja kerana kurang berasa letih walau seharian menggunakan tenaga.
Paling buat saya jatuh cinta sebab berat badan saya mula menurun dan bentuk
badan mula pejal. Wah, kawan-kawan saya mula meng’order’ dengan saya padahal
masa itu saya belum berdaftar menjadi ahli.
Ceritanya,
saya mula merisik-risik kawan saya bagaimana untuk mendaftar menjadi ahli
Shaklee. Kawan saya memberitahu ada 2 cara untuk mendaftar sama ada membayar
RM65 atau membuat belian barang sebanyak 200uv. Dulu saya bayar RM65, saya Cuma
mendapat staterkit Shaklee. Untuk bulan Oktober ni, siapa yang mendaftar ahli
Shaklee, dapat FREE lagi Vitalea yang berharga RM89. Siapa tak jeles wehhhhh...
Sambung
lagi cerita pasal Shaklee,
Bulan
pertama saya join, saya mendapat bonus RM 200++. Saya dah lupa dah berapa
jumlah tepatnya. Jadi kiranya, modal saya RM65 untuk daftar ahli dah berbalas
la ye. Alhamdulillah. Pada masa itu, saya tiada seorang pun downlines.
Kemudian,
ada kawan yang menghubungi untuk mendaftar sebagai ahli. Mak aihhh, ingat lagi
masa tu, saya mesej kawan saya bagitahu betapa saya berdebar. Iyer laa,
tanggungjawab nanti banyak. Mama Shaklee saya bagitahu dah boleh sangat saya
ada ahli bawah saya. Okay la, saya bersetuju mendaftarkan sahabat tersebut.
PERINGATAN : Saya tidak diberi komisen satu
sen pun apabila mendaftarkan ahli di bawah naungan saya.
Kemudian,
kebetulan ada satu sesi Magic Aura diadakan di Ipoh bawah kendalian Master
dalam group Jutawan. Saya pun pergi la juga ke sana. Di sana saya mendengar
perkongsian daripada master-master (biasanya income bulanan master melebihi
RM30k). Wahhh, tapi yang menariknya, tiada seorangpun antara mereka yang
menayangkan gambar kereta, gambar rumah dan apa-apa benda yang menampakkan kemewahan
hidup. Cuma perkongsian cara mereka melakukan bisnes. Paling banyak ditekankan
adalah hubungan dengan Pencipta.
Tiba-tiba,
ada seorang Master (saya dah lupa siapa), beritahu Shaklee adalah MLM.
Tersentak saya.
Saya berbisik dengan Mama Shaklee saya,
“Kak,
betul ke Shaklee ni MLM?”
“Iyer
Wani, betul tu. Tapi jangan risau, Shaklee ni adalah MLM Patuh Syariah”
Mana
tak terkejutnya saya, sebab selama ini dalam kepala saya MLM ni mesti taja
orang. Pastu, income dapat dari hasil taja orang. Dalam Shaklee, saya tidak
dibayar untuk menaja orang. Sebaliknya, bonus saya dibayar hasil daripada
jualan produk. Kemudian, jelas pula pengiraan bonus kepada ahli (saya kan Cikgu
Matematik-Bab kira-kira jangan tipu saya). Saya pula tidak pernah dipaksa untuk
mencari orang bawah, bahkan upline saya tidak pernah memaksa untuk membuat
jualan.
Biasanya
upline saya Cuma tanya,:
“Wani,
bulan ni nak side income berapa RM?”
Kalau
saya kata saya nak RM500, upline saya akan bantu saya tunjukkan cara untuk
mendapatkan bonus RM500. Alhamdulillah, dengan bonus tersebut saya dapat juga
melunaskan belanja-belanja dapur.
Dah
masuk 2 tahun saya terlibat dengan Shaklee. Daripada mama, nenek, moyang,
supermoyang, grandsupermoyang (kitaorang memang suka guna istilah gini), saya
ikut sahaja kelas yang mereka anjurkan untuk menambah ilmu. Terkadang bukan
kelas bisnes semata, tapi banyak perkaitan dengan hidup sehari-hari. Kelas pun
biasanya free, kalau bayar pun untuk yuran komitmen semata-mata (tu pun tak
lebih RM50- Biasanya saya bayar RM10 jer).
Kalau
dulu saya sangat anti bunyi perkataan MLM, tapi dengan Shaklee, persepsi saya
berubah sama sekali. Malah, pengasas Jutawan (sekarang jadi Duta rasmi WERDA –
Warga Prihatin), beritahu yang SN pun terkejut apabila diterangkan berkenaan
dengan marketing plan Shaklee. Beliau pun ingat upline Shaklee ambil keuntungan
daripada ahli yang berdaftar dibawahnya.
Sekarang,
saya sudah jatuh cinta dengan Shaklee. Sayang sangat nak tinggalkan bisnes ini.
Bagus join MLM ni sebab kita tidak perlukan modal yang tinggi, tidak perlu
simpan stok barang dan tiada risiko kerugian. Sesuai sangat untuk yang baru
ingin bertatih dalam bisnes.
Buat
rakan-rakan yang ingin menceburi bisnes MLM, saya nasihatkan kaji dahulu
marketing plan syarikat tersebut. Bagi yang beragama Islam, pastikan ianya
Patuh Syariah (Boleh google jer dekat website JAKIM).
Wah,
rasa berjela pulak entry kali ni. Tapi itulah, rasa bertanggungjawab pula untuk
menerangkan kepada orang ramai berkenaan bisnes MLM ini. Boleh ubah persesi
negatif masyarakat mengenai bisnes MLM. MLM bukan hanya skim piramid malah seni
MLM ini pelbagai.
Kalau
rasa nak daftar Shaklee, bulan ini Shaklee masih menawarkan Vitalea secara
PERCUMA untuk ahli yang baru berdaftar.
Saya
ulang : Setakat bulan ini sahaja ! (Oktober 2015)
Daftar
ahli RM69 (RM10.60 untuk postage)
Dapat
Free Multivitamin berharga RM 88.75